Pelakon dan pengacara Wahid Senario kini lebih banyak menghabiskan waktunya di masjid… Alhamdulillah.

Ekoran tersebar beberapa gambarnya yang berimej lebih islamik, Wahid senario tampil menjelaskan kehidupannya kini lebih banyak menghabiskan masa di Masjid. Beliau akui dim4rahi oleh anaknya kerana berkongsikan kisah penghijrahannya kepada masyarakat yang membuat anaknya rasa tidak selesa dengan pendedahan tersebut sepertimana yang dikongsikan melalui laman

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Wahid Senario mengakui pernah ‘dim4rahi’ anaknya kerana berkongsi kisah penghijrahannya kepada masyarakat.

Wahid, 46, atau nama sebenarnya Abdul Wahid Mohamad berkata, anaknya kurang selesa apabila cerita perubahan imejnya sering ditonjolkan menerusi media massa.

“Saya kata kepada mereka, nak buat macam mana kerana orang sering bertanya dan saya kena jelaskan perkara sebenarnya.

“Apapun ini tuntutan agama dan kita kena buat benda ini. Sebagai individu milik masyarakat yang orang kenal, apabila tengok kita berubah, pergi masjid, pasti orang kaitkan dengan benda ini. Bagi saya sama ada kita betul-betul nak berubah 100 peratus atau 50 peratus, terserahlah. Yang penting kita kena buat benda ini. Sebagai seorang bapa, dapat tunjuk sikit pun okeylah bagi saya,” katanya.

Bapa kepada tiga anak lelaki berusia 18, 17 dan 13 tahun ini berkata, dia kini lebih banyak menghabiskan waktunya di masjid.

“Namun, itu tidak bermaksud saya dah meninggalkan segala aktiviti seni kerana saya masih menerima tawaran aktiviti hiburan sekiranya ada.

“Namun, saya selesa tinggal di Ipoh, Perak. Memang saya sasarkan duduk di Ipoh sejak dulu walaupun ada kerjaya di Kuala Lumpur. Selepas dapat anak kedua, saya balik semula ke Ipoh.

“Sebenarnya selepas kahwin, saya bawa isteri ke Kuala Lumpur. Dia asal Ipoh dan bila tinggal di Kuala Lumpur, dia jadi ser4but kepala. Bayangkan nak beli bawang pun kena beli di tempat yang besar,” katanya.

Menurutnya, keputusan untuk tinggal di Ipoh juga dibuat bagi menjaga kedua -dua mentuanya selepas ibunya sendiri meningg4l duni4.

“Kerana itu juga saya sanggup berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur setiap minggu untuk jadi hos program Melodi bersama Fara Fauzana dulu.

“Saya sekarang tenang bersama keluarga di Ipoh. Syukur perniagaan isteri yang diusahakan secara dalam talian dapat sambutan. Rezeki anak pun Allah dah aturkan dan mesti ada. Setiap bulan pasti ada tawaran kerja walaupun tak banyak,” katanya.

Sumber: Harian Metro / newshubs24

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini