Pasang CCTV nak monitor anak sekali benda lain pula muncul… Wanita sarat mengandung

PADA Ogos lalu pasangan suami-isteri ini mengambil keputusan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman mereka yang terletak di Kemaman, Terengganu.

Azhieeda Ahmad, 35, berkata, tujuan memasang CCTV itu kerana ingin mengawasi pergerakan tiga anak mereka di tingkat bawah rumah teres dua tingkat selain sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku kejadian pecah masuk.

“Sudah hampir tiga tahun kami berpindah ke rumah itu dan Alhamdulillah kediaman itu sangat selesa selain kawasan dan jiran-jiran yang menyenangkan.

“Sepanjang tinggal di situ belum pernah ada sebarang kejadian pelik yang berlaku namun demi mengawasi pergerakan anak-anak dan keselamatan saya dan suami mengambil keputusan memasang CCTV,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun kejadian pelik mula menyelubungi mereka sekeluarga selepas Azhieeda tergerak hati untuk menonton rakaman CCTV kediamannya pada akhir September lalu.

“Ramai request nak tengok video.Nah azie lanje.Latest azie dah balik rumah dah. Alhamdulillah takde pape.Dun worry okeh”

https://www.facebook.com/1020566325/videos/4269792793118214/

Kehadiran kelibat itu berjaya dirakam CCTV sekitar pukul 5 pagi.

Ketika itu kata Azhieeda, dia pulang ke rumah ibu bapanya di Marang, Terengganu kerana sedang sarat mengandung dan bercadang untuk berpantang di kampung.

“Ketika itu suami dan anak-anak turut pulang ke kampung dan rumah kami kosong tidak berpenghuni.

“Kebetulan sudah ada CCTV, saya tergerak hati untuk melihat keadaan rumah dan tidak sangka ternampak benda pelik dalam rakaman di ruang tamu,”ujarnya.

Sebelum itu katanya, dia ada bertanya kepada suaminya sama ada terdapat kemungkinan melihat perkara pelik menerusi CCTV dan tidak menyangka pertanyaan itu menjadi kenyataan.

“Suami beritahu jika ada pergerakan, mungkin ada sesuatu dan apabila diperhatikan terdapat dua pergerakan pada pukul 5 pagi dan sekitar 8 pagi.

Apabila diperhatikan terdapat dua pergerakan pada pukul 5 pagi dan sekitar 8 pagi.

“Dalam rakaman itu jelas pergerakan… pada awalnya saya ingatkan kapas atau habuk tetapi apabila diamati memang bukan. Meremang juga bulu roma apabila mengenangkan ada sesuatu tidak kena dengan rumah kami,” katanya.

Bimbang dengan keadaan itu, Azhieeda bertanya kepada mereka yang pakar dan ramai berpendapat bahawa makhluk itu hanya ‘lalu’ dan tidak mengganggu.

Malah ada pula memberitahu makhluk yang muncul itu tidak berbahaya kerana jelmaannya berwarna putih dan bukannya kelibat hitam.

“Sekiranya kelibat itu berwarna hitam, ramai nasihatkan agar mendapatkan khidmat ustaz untuk membersihkan rumah kerana ia mungkin ‘masuk’ ke rumah dengan niat menggangu,” katanya.

Ditanya sama ada pernah mengalami sebarang gangguan sepanjang menetap di rumah itu, Azhieeda berkata, belum pernah berlaku sebarang kejadian pelik atau misteri di rumahnya.

Azhieeda bersyukur tidak pernah diganggu dengan perkara mistik.

Sementara itu, Azhieeda memberitahu dia sekeluarga baharu sahaja pulang ke rumah mereka selepas selesai berpantang dan mengakui ada rasa bimbang dengan kejadian yang berlaku.

Malah katanya, ada timbul rasa takut di rumah sendiri terutamanya pada waktu malam dan perlu meminta suami atau anak menemaninya ke tingkat bawah sekiranya ingin ke dapur.

“Sebelum pulang ke rumah, suami saya ada mengazankan rumah dan membaca doa serta ayat Ruqyah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini menimpa kami terutamanya bayi yang baru dilahirkan.

“Meskipun ada rasa takut tetapi Alhamdulillah keadaan seperti biasa malah bayi saya pun tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara seperti ada sesuatu mengganggunya,” ujarnya.

sumber: mstar / trendingsangat

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini