Para Penyelidik S3ram Sejuk Apabila Menemui Tongkat Ular Milik Bomoh 4,400 Tahun Lalu

Seorang ahli arkeologi telah membuat penemuan luar biasa di sebuah tasik di barat daya Finland yang membuatnya rasa seram sejuk dan hilang kata-kata. Wanita yang dikenali sebagai Satu Koivisto telah menemui sebatang kayu yang diukir dengan bentuk ular dan dianggarkan berusia 4400 tahun.Para Penyelidik Seram Sejuk Apabila Menemui Tongkat Ular Milik Bomoh 4,400 Tahun Lalu – sajagempak.com

Kayu itu merupakan tongkat sihir yang dipercayai digunakan oleh seorang bomoh pada zaman dahulu.

Satu Koivisto yang merupakan seorang penyelidik pasca doktoral di University of Turku di Finland telah mengetuai penyelidikan di Jarvensuo dimana tongkat itu ditemuinya bersama-sama dengan rakannya seorang ahli arkeologi di Universiti Helsinki yang dikenali sebagai Antti Lahelma.

Antti Lahelma juga turut terperanjat kerana tongkat yang ditemui oleh mereka itu sangat naturalistik dan menyerupai kepala ular Natrix.

Seorang lagi rakan mereka yang dikenali sebagai Sonja Hukantaival, seorang penyelidik di University of Finland mengatakan tongkat itu sangat mirip dengan ular berbisa. Menurut Sonja, penemuan ini merupakan sesuatu yang sangat menarik kerana secara umumnya, bentuk ular mempunyai peranan penting dalam agama dan bagi sesetengah orang, ia sangat penting untuk tujuan mistik.

Dalam pandangan sejarah yang banyak membincangkan kepercayaan sewaktu zaman pra-Kristian, ular merupakan objek yang sarat dengan makna dan simbolik dalam kosmologi Finno-Ugric dan Sámi dan dukun. Sámi tinggal di utara Skandinavia dan Rusia, sementara bahasa Finno-Ugric pula bertebar di sekitar Scandinavia dan Eropah timur.Para Penyelidik Seram Sejuk Apabila Menemui Tongkat Ular Milik Bomoh 4,400 Tahun Lalu – sajagempak.com

Wlaaubagaimanapun, para ilmuwan yang menjayakan projek ini gagal untuk menemukan apa-apa nota bertulis.

Difahamkan bahawa tongkat itu sendiri sudah wujud sebelum penduduk Finland mula mencatat. Dan disebabkan itu, para penyelidik juga tidak dapat mengesahkan bahawa manusia pada zaman itu mempunyai kepercayaan yang sama sekitar 4,400 tahun lampau.

Selain tongkat sihir, kumpulan penyelidik juga turut menemui beberapa artifak memancing di sekitar Järvensuo, Finland dan penemuan tersebut membuktikan tempat tersebut pernah menjadi tempat tumpuan nelayan untuk memancing pada zaman dahulu.

Kredit: The Vocket, Livescience : sajagempak / dehobd

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini