P̷ernah Diselam̷atkan Oleh Cikgu Dari Bapa Tiri, Tiba-tiba Pelajar Ini Hant̷ar M̷esej Buat Cikgunya Terk̷edu

Cikgu Mohd Fadli Salleh merupakan cikgu yag tidak asing lagi dan sememangnya popular di media sosial terutamanya di platform Facebook. Sesiapa yang mengikuti akaun beliau mesti sudah sering terbacas kisah-kisah menarik dan juga sumbang bakti yang dicurahkannya kepada masyarakat berbilang kaum.Pernah Diselamatkan Oleh Cikgu Dari Bapa Tiri, Tiba-tiba Pelajar Ini Hantar Mesej Buat Cikgunya Terdiam – arenagempak.com

Baru-baru ini, satu perkongsian Mohd Fadli Salleh di Facebook beliau yang mencuri perhatian ramai yang meraih belasan tanda suka dan beratus ‘shares’ mengenai seorang ‘anak perempuan’ beliau.
” Terima ucapan dari salah seorang ‘anak perempuan’ aku sebentar tadi.”

Menerusi perkongsian terbaru itu, cikgu Fadli memuatnaik tangkap layar pesanan aplikasi Whatsapp yang dihantar salah seorang pelajar beliau kepadanya.

Cikgu Fadli berkata, pelajar tersebut mempunyai kisah siIam yang penuh duka apabila pernah dicabuI oleh bapa tirinya sehingga pelajarannya terjejas teruk.

Dah setahun rupanya anak ini dibawah jagaan aku. Ingat pula dia hari pertama aku jumpa dan bantu dia tu. Orang perempuan kalau dengan tarikh ni memang power kan?

Anak ni aku selamatkan dari dicabuI oleh ayah tirinya, tersepit dan terhimpit di rumah sendiri. Pelajaran merosot, kehadiran sangat teruk. Sedangkan dia pelajar harapan sekolah.

Aku cari dan heret dia keluar dari ne-raka dunia itu. Aku letakkan di tempat selamat bawah pemantauan aku sentiasa. Setiap bulan aku akan jumpa dan tanya khabar berita. Mengirim duit belanja, menghantar bekalan makanan, mencukupkan apa jua keperluan.

Apa pun, didoakan anak ini berjaya dunia akhirat. Anak ni bakal exam SPM 2020 ni. InsyaAllah otaknya sangat cerdas dan bijak sungguh budaknya.

Kisah hitam yang perit, kesusahan hidup yang menghimpit, sejarah siIam yang menghantui, kini tiada lagi. Aku jaga sungguh-sungguh macam jaga anak sendiri.

InsyaAllah budak ini akan menjadi seseorang pada masa akan datang. Dan masa tu dengan bangga aku akan berkata,
Ini anak aku. Yang pernah hilang arah tuju, yang pernah buntu, yang hilang semangat untuk hidup dulu kini di sini dia. Kini dah berjaya dan memberi manfaat pada orang lain pula. Cikgu bangga dengan kamu”.

Aku tahu, suatu hari nanti aku akan ungkapkan ayat itu. Aku tahu. Dan aku yakin.

Berikut adalah pesanan mesej yang dihantar pelajar itu.

Pernah Diselamatkan Oleh Cikgu Dari Bapa Tiri, Tiba-tiba Pelajar Ini Hantar Mesej Buat Cikgunya Terdiam – arenagempak.com

” Assalamualaikum cikgu, hari ini tanggal 12 Februari 2021 genap setahun cikgu bersama dengan saya, bantu saya. Tahun lepas tarikh ini kali pertama cikgu jumpa saya untuk menghulurkan bantuan.

” Takde apa saya nak cakap selain berterima kasih atas segala pertolongan cikgu. Banyak jasa cikgu dan saya takkan pernah lupakan cikgu.

” Saya minta maaf kalau selama setahun saya kenal dengan cikgu saya ada buat cikgu mrah, terasa hati atau sebagainya. Cikgu sentiasa ada dalam doa saya..semoga cikgi dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki.

” Terima kasih tak terhingga juga sebab cikgu banyak tolong keluarga saya..

” Memang saya tak mampu nak balas jasa cikgu tapi saya janji dengan diri saya InsyaAllah saya akan jadi orang yang berjaya dan bantu orang susah lain juga suatu hari nanti.

” Saya minta cikgu halalkan semua makan minum saya semuanya lah, nanti habis SPM saya kerja tiap bulan saya pulak belanja cikgu okay..

” Saya anggap cikgu dah macam ayah saya sendiri dah. Rasa macam ada hero dalam hidup sekarang.. sebelum ni tengok orang lain je ada ayah, sedih plak.. saya sayang cikgu!

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Kredit: Cikgu Mohd Fadli Salleh