Ilmu tips buat duit dari otai dalam industri durian ini, amat berguna untuk individu yang ingin memulakan tanaman dusun durian seperti jenis Musang King. Sementara tunggu benih mengeluarkan hasil, apa kata ambil nasihat di bawah untuk menjana duit dari dusun anda juga.
Anda pun tidak rugi andai kata hasil dusun tidak begitu memberangsangkan, betul tak? Jom lihat beberapa tips di bawah yang dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah.
Baca juga: 11 Tips Tanam Buah Tembikai, Nak Tumbuh Sihat & Isinya Manis Kena Ikut Langkah Ini!
TIPS BUAT DUIT DARI DUSUN
Jika sahabat ada tanah satu ekar dan bercadang nak tanam durian Raja Kunyit atau Musang King (D197). Ini tips yang saya dapat dari mereka yang dah lama dalam industri ini.
Cuba pelbagaikan sumber pendapatan dari kebun tersebut. Cari jalan supaya duit cepat masuk. Bukan hanya tunggu nak jual buah sahaja, sebabnya banyak juga nak guna duit hingga pokok berbuah.
BUAT DUIT DARI DUSUN SEMENTARA DURIAN BELUM BERBUAH
Antaranya:
1. BUAT DAN JUAL ANAK BENIH
Buat dan jual anak benih. Ini paling senang dan cepat dapat duit.
2. KEBUN SEBAGAI TAPAK HANDS ON
Jadikan kebun kita tapak hands on. Contohnya hands on cantuman anak benih, hands on cantuman dewasa. Kenakan sedikit bayaran kepada yang nak belajar.
3. AMBIL UPAH
Boleh juga jadi “kontraktor” durian. Ambil upah membaja, prunning dan sebagainya.
4. EJEN JUALAN BAHAN POKOK DURIAN
Jadi ejen jualan baja, foliar dan racun. Jual apa yang kita guna dan terbukti betul betul berkesan.
5. Tanaman selingan
Tanam dengan tanaman selingan yang mudah dijaga. Contohnya nanas MD2 atau pisang
6. Buat agro tourism
Contohnya, kutip buah dan makan dikebun.
7. Jual durian
Yang last baru jual buah macam biasa. Eloknya jual runcit, simpan database pelanggan.
Sahabat, hanya mereka yang betul betul cekal akan berjaya layan Raja Kunyit. Bila buat sendiri baru kita tahu kenapa orang jual buahnya dengan harga yang tinggi.
Baca juga: Cara Halau Babi Hutan Yang Selalu Rosakkan Kebun, Kalau Berani Guna Cara Nombor 2!