Orang tua sahaja menyambut hari raya

Seorang warga emas hidup serba kekurangan di sebuah rumah usang di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tebuk Rukun, Parit Baru Baroh .

Lelaki tua itu berkata, sambutan perayaan Aidilfitri sejak lebih 20 tahun lalu seolah-olah tiada buat dirinya yang hidup bersendirian.

“Memang sunyi hidup seorang diri di rumah ini tetapi apa boleh buat sudah takdir saya menjalani hidup keseorangan tanpa keluarga di sisi.

“Jauh di sudut hati, saya teringin merasai kegembiraan berhari raya, tetapi semua itu tinggal kenangan kerana keupayaan terbatas,” katanya.

Rubadi berkata, kehidupannya mula berubah setelah berpisah dengan bekas isteri lebih 40 tahun lalu.

Menurut Rubadi, hanya rumah itu sahaja menjadi tempat dia berteduh meskipun strukturnya dalam keadaan daif.

Katanya, kebanyakan masanya dihabiskan di atas katil dan terpaksa menadah air kencing menggunakan timba.

“Rumah saya ini dipenuhi bau h4ncing kerana tidak berdaya hendak kencing di tandas. Saya hanya mampu mengesot jika hendak bu4ng air besar.

“Inilah rutin saya setiap hari sambil berharap ada jiran atau saudara-mara menghantar makanan,” ujarnya.

Katanya, pada masa ini, dia hanya bergantung hidup dengan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi perbelanjaan bulanan.

Sumber: Sinar Harian / updateinside

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini