Niat Ingin Buang Air Besar, Ibu Terberanak shg Bayi Mavt Terjatuh DIm Mngkuk Tandas

Tindakan seorang ibu hamil yang mahu membuang air besar bertukar tragedi.

Ini apabila bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan dilahirkan tanpa sengaja di dalam mangkuk tandas di rumahnya di Sekinchan, petang tadi.

SEMUA GAMBAR SITUASI ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Difahamkan, lebih mengundang pilu apabila bayi tersebut dipercayai terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan meninggal dunia.

Menurut Norazam, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan bayi berkenaan.

“Bayi terbabit telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ibu bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang menggunakan ambulans,” katanya.

Niat Ingin Buang Air Besar, Ibu Terberanak shg Bayi Mavt Terjatuh DIm Mngkuk Tandas

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir) / belumbalik