Netizen Puji Gelagat Pak Cik Intai Jalan Jem Guna Teropong, “Hebat Pak Cik Tu…”

Penangan Hari Raya Aidilfitri minggu lalu memang bukan biasa-biasa ditambah pula dengan jalan yang sesak dengan kepulangan orang ramai ke kampung. Ini juga turut membuatkan rata-rata jalan jem dengan kenderaan yang penuh di mana-mana sahaja.

Gelagat seorang pak cik semasa menghadapi jalan jem ini juga turut mencuri tumpuan ramai apabila dia siap menggunakan teropong untuk melihat situasi di hadapan. Malah gelagatnya ini turut membuatkan ramai yang terhibur dengan tindakan spontannya itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang pak cik yang berdiri di atas keretanya yang diletakkan di bahu jalan. Dalam masa yang sama, dia dilihat sedang mengintai keadaan di hadapan jalan itu yang sesak dengan kenderaan.

Lebih melucukan, dia juga siap menggunakan teropong untuk melihat sendiri keadaan yang jauh di hadapan itu. Mungkin juga pak cik itu sendiri tertanya-tanya apa yang menyebabkan jalan di situ jem dan bergerak dengan begitu perlahan sekali.

jalan jem

Dalam masa yang sama, gelagatnya ini turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang lain dengan tindakan luar biasanya ini. Sehinggakan ada yang berminat ingin membeli teropong untuk dibawa pulang ke kampung selepas ini.

Meninjau di ruangan komen pula, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat tindakan selamba pak cik ini. Malah ada yang berseloroh menyamakan gelagat pak cik itu dengan watak Jack Sparrow semasa berada di atas kapal.

KOMEN NETIZEN:

“Pak cik tu mesti dah lama tertanya-tanya kalau jem kereta depan sekali buat apa.”

pak cik

“Dah serupa one piece mat.”

teropong

“Hebat pak cik tu tinjau pasaipa kereta tak gerak langsung. Jem teruk weii.”

komen

“Hahaha rakyat malaysia ada je idea.”

sumber: himpunanceritalawak

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini