Nadir Al Nuri sedih anggota Unit Amal dikecam solat atas batu

KUALA LUMPUR – Viral gambar sekumpulan anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) solat di atas batu berjeram di Yan, Kedah semalam, mendapat perhatian aktiviti Malaysia di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri.

Menerusi kenyataan di laman Telegram, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu berkata, beliau sedih apabila ada pihak mempertikaikan tindakan anggota JAM itu solat ditempat tidak sesuai dan seolah hendak menunjuk.

Menurut Muhammad Nadir, beliau hanya mendapat tahu kehadiran anggota JAM di Yan, adalah untuk membantu mangsa banjir akibat kepala air yang mengorbankan lima nyawa setakat ini.

“Ada yang respon dan maklumkan, mereka memang sedang memasang paip di kawasan jeram itu. Jadi, mereka ambil peluang selesaikan solat di mana mereka berada. Islam itu mudah kan.

“Pandangan saya, kerja kebajikan memang kena diadun dengan elemen ‘adventure’ dan keseronokan. Sebab yang terlibat ini anak muda, kadang-kadang dari pelbagai latar belakang dan perwatakan.

“Nanti mereka balik bercerita dengan kawan mereka, kami ke Kedah dengan brother hari tu, sembahyang dalam sungai, seronok gila! Maka ramai lagi akan berminat nak ikut dan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas reaksi kurang menyenangkan netizen yang menyifatkan kumpulan anggota Unit Amal dari parti Pas itu mahu menunjuk-nunjuk ketika bersolat.

Kumpulan itu menunaikan solat di batu jeram ketika berehat dari melakukan kerja amal memasang paip untuk mangsa banjir.

Menurut Muhammad Nadir, sebelum ini beliau mempunyai pengalaman bersama Unit Amal yang digelar ‘Tentera Merah’ ketika berada di Sabah.

Katanya, memang mereka sengaja masukkan elemen mencabar supaya anak-anak muda berminat untuk menyertai JAM.

“Kami meredah hutan rimba, berjalan kaki masuk ke tempat perkhemahan berbelas kilometer, mengharung sungai dan berkhemah dalam hujan lebat.

“Makan nasi mentah dengan sardin sambil air hujan menitik masuk dalam pinggan. Potong buluh untuk buat atap.

“Sampai sekarang saya terikat dengan anak-anak remaja ini dan yang mereka ingat ialah aksi-aksi mencabar ini, bukannya isi ceramah dan daurah,” katanya.

Beliau menasihatkan pihak tertentu, jika tidak suka kepada parti Pas, itu hak masing-masing, tetapi dalam hal kebajikan, elemen politik perlu ditolak ketepi, sebaliknya memberi sokongan kepada elemen dakwah, pembangunan insan dan tarbiyah.

“Ucaplah Alhamdulillah, di dunia yang penuh merosakkan ini, di zaman yang semakin mencabar ini, ada juga ruang untuk anak kita berdakwah dan ditarbiyah.

“Yang banyak sangat komplen ni seru suruh berlatih dengan Qass*m je (Qassam), nak tengok berapa minit bertahan,” katanya. – MalaysiaGazette

sumber: cempedakcheese

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini