Mula-mula jump̷a di kaw̷at duri, tapi tak ber̷ani lama sebab ‘t̷akut’ p0lis s0und… siapa sangk̷a cinta berp̷aut ker̷ana COD mas̷akan Si̷am

Bermula dari COD makanan di kawat duri, hubungan mereka hingga ke jenjang pelamin.

ADA hikmah di sebalik pandemik C0v!d-19, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebelum ini.

Siapa sangka di sebalik kawat duri yang dipasang polis untuk memastikan tiada aktiviti rentas negeri, dua insan ditakdirkan bertemu jodoh.

“Tak sangka dulu masa PKP selalu beli makanan dekat dia, akhirnya dia jadi isteri aku,” menurut keterangan video yang dikongsi seorang pemuda, tular di media sosial.

Berkongsi pengalaman, pemuda berkenaan, Muhammad Hafiz Mohd Yusof berkata, dia bertemu isterinya buat pertama kali di satu majlis perkahwinan pada 2019.

Ketika itu, katanya, dia bertugas sebagai jurugambar perkahwinan, manakala isterinya merupakan salah seorang pengapit kepada pasangan pengantin yang juga kliennya.

“Majlis kahwin tu sebelum PKP lagi. Kami hanya kenal-kenal macam tu je, tak ada contact pun.

“Hanya selepas dua tahun barulah kami berhubung menerusi Facebook, ketika pelaksanaan PKP 2.0 pada awal Januari 2021,” katanya yang berusia 31 tahun kepada

Sajian miang pla pao merupakan kesukaan Hafiz.

Hafiz yang baru mendirikan rumah tangga pada 31 Disember lalu berkata, isterinya cuti bergaji disebabkan PKP, dan mengambil peluang berniaga makanan secara dalam talian.

“Waktu PKP banyak posting promosi macam-macam makanan di Facebook. Jadi dia pun buat bisnes makanan di Facebook.

“Dia jual makanan Siam, miang pla pao iaitu hidangan ikan siakap bersama salad serta suun yang dicicah bersama sos cili Thai,” katanya yang berasal dari Parit Buntar, Perak.

Hafiz (kiri) kini bergelar suami kepada wanita pilihannya.

Mengakui makanan Siam itu kegemarannya namun sukar didapati, dia berhubung dengan penjual berkenaan untuk membuat tempahan beberapa kali.

“Sepanjang PKP ketika itu, seminggu sekali atau dua kali saya beli daripadanya untuk saya dan keluarga. Miang pla pao yang dia buat memang sedap.

“Kami jumpa dekat Sungai Kerian di sempadan Pulau Pinang-Perak yang ada kawat duri menutup laluan, untuk dia buat COD (bayaran tunai sewaktu penghantaran)” tambahnya.

Namun, jurugambar yang berpengalaman selama sembilan tahun itu memberitahu pertemuan mereka cukup singkat kerana bimb4ng ditegur pihak polis kerana berada di sempadan negeri.

“Setiap kali kami jumpa memang tak sampai lima minit pun, nak borak lama-lama t4kut sebab polis datang walaupun siang. Dia datang hanya untuk pass makanan je,” katanya.

Begitu romantis pasangan ini.

Hubungan mereka semakin rapat sebelum berjumpa dengan lebih serius di Pulau Pinang buat pertama kali ketika mempunyai urusan kerja dengan surat kebenaran pada Mei 2021.

Dia menyifatkan isterinya, Khalisa Faroladras yang merupakan perunding jualan kereta berusia 23 tahun itu bukan sahaja cantik dan pandai memasak, malah lemah-lembut.

“Saya pula suka makan. Mula-mula COD setakat di kawat berduri, lama-kelamaan bercinta sebelum merisik dan akhirnya berkahwin. Alhamdulillah.

“Dah kahwin, saya banyak makan miang pla pao masakan isteri sampai dah tak larat makan. Tapi tetap sedap air tangan isteri. Dulu bayar untuk COD, sekarang bayar untuk beli barang dapur bagi isteri masak pula,” ujarnya secara berseloroh.

Video mengenai kisah perkenalkan Hafiz dan isterinya yang dikongsi di aplikasi TikTok meraih lebih 730,000 tontonan.

Sumber : Mstar / mediaviral

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.