Motor Rosak… Bini Gigih Datang Selamatkan, Call Member Tak Angkat

Walaupun hubungan dengan rakan-rakan rapat bagai isi dan kuku, namun tidak dapat menandingk hubungan suami dan isteri. Bukan mau melupakan peranan kawan, tetapi pasangan ada di waktu susah dan senang.

Terpaksa bersidai, motor rosak tepi jalan… Call member pun tak berjawab

Baru-baru ini viral satu video di applikasi TikTok yang menunjukkan seorang pemuda yang kelihatan pasrah apabila ‘tersadai’ di pondok perhentian bas kerana motorsikalnya tiba-tiba rosak. Pemuda yang di kenali sebagai Muhammad Afiq Azri telah mencuba untuk menghubungi beberapa rakan-rakannya. Namun, tiada seorang pun yang menyambut panggilannya untuk menghulurkan bantuan.

Nasib bini datang selamatkan… Baru di ijab kabul kan 2 hari lepas

Afiq Azri bernasib baik apabila isterinya datang untuk menyelamatkannya. Isterinya di kenali sebagai Intan Nabila tersenyum sambil menunggang sebuah lagi motorsikal ke lokasi kejadian untuk membantu suami tercinta. Apa yang lebih mengejutkan, mereka baru sahaja sah bernikah pada 2 hari yang lepas.

Sebab tu kena selalu hargai isteri… Dia saja yang akan tolong suami di saat susah

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji sikap isterinya itu, sanggup bersusah bersama suaminya. Netizen-netizen juga turut menyatakan kepentingan para suami menjaga pasangan masing-masing, hal ini kerana, jika di bandingkan dengan kawan-kawan, belum tentu sanggup susah dan senang bersama seperti isteri.

Sumber: Erin Sakura / infoawam

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini