Misteri Tular “Lebai Kenit ” Kini Terungkai’ Video

Kelibat lembaga kecil memakai jubah dan serban berwarna putih yang digeIar ‘le­bai kenit’ di hadapan Masjid At-Taqwa Kongsi di sini pada Jumaat lalu dipercayai patung yang menyerupai bentuk manusia.

Perkara itu dimaklumkan Imam Masjid At-Taqwa Kongsi, Azizal Shubli, 39, yang memberi­tahu, pihaknya yang menyiasat perkara itu selepas tuIar di media sosial tidak menolak kemungkinan objek tersebut sengaja di­letakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Siasatan dalaman pihak masjid mendapati lembaga yang dirakam pengguna jalan raya yang juga kenalan saya bukanlah makhluk halus atau kanak-kanak bermain di tepi jalan seperti yang didkwa ramai.

“Sejak dilantik sebagai imam pada , saya tidak pernah menemui lembaga itu (‘lebai kenit’) sama ada di dalam atau luar kawasan masjid. Kejadian ini adalah yang pertama,” katanya kepada di sini semalam.

Menurutnya, kesahihan me­ngenai patung itu masih disiasat.

“Sekiranya ada bukti yang mencukupi, kami akan berjumpa dengan pihak terlibat bagi mendapatkan penjelasan.

“Kami harap kejadian ini tidak menjejaskan kedatangan jemaah ke Masjid Kongsi,” katanya.

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Sumber: mytvvi