Mereka Pergi Untuk Sahkan Kem4tian Tapi Di Saat Tiba Di Lokasi, Pemandu Ambulan Ini Rakam Kelibat Poc0ng

Kadang kadang dugaan yang kita terima waktu sedang menjalankan tugas susah nak diterima akal.

Ada kalanya kita berkerja biasa je tetapi apa yang datang (dugaan) memang betul betul tak disangka dan kena pula waktu itu memang kita tidak jangka.

Setiap pekerjaan pasti ada risiko tersendiri yang harus ditanggung. Sama ada membaha.yakan diri ataupun menganggu emosi, ia tetap satu dugaan yang harus ditempuh demi mencari rezeki.

Kejadian seram awal pagi

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang juga merupakan petugas kesihatan

apabila memuat naik satu rakaman video memperlihatkan rakaman sosok pocong berdiri di hadapan

sebuah rumah.

Ada panggilan pukul 2 pagi

Dalam ciapan yang dibuat oleh pengguna menggunakan nama akaun mtbgaaa, dia memaklumkan kejadian yang berlaku oleh temannya sewaktu oncall sekitar jam 2 pagi.

Pada masa itu pihak mereka mendapat panggilan dari call centre berkenaan kema.tian seseorang dan perlu mengesahkan kemati.annya.

Ramai orang dekat kediaman si ma.ti

Jadi, dia bersama pemandu ambulans bersiap dengan sut PPE untuk ke lokasi yang dinyatakan pada

awal pagi tersebut.

Disebabkan ramai tetamu yang mulai menziarahi si ma.ti, jadi ambulans sukar untuk masuk ke kawasan rumah kerana sudah ada kenderaan-kenderaan yang parkir di situ.

Jadi mereka memberhentikan ambulans agak jauh dari rumah namun masih kelihatan.

Berdiri tengah jalan

Ketika pemandu ambulans mahu bergerak masuk ke rumah yang ada kema.tian, dia telah terlihat sosok menyeramkan seperti pocong di tengah jalan dengan jelas disebabkan terkena sinaran lampu jalan.

Balik tu baru driver cerita.

Tambah

mtbgaaa lagi, disebabkan pemandu ambulans jenis ‘hati kering’, dia terus mengeluarkan telefon

bimbit dan merakam penampakan tersebut sebelum terus masuk ke dalam rumah tanpa bercerita kepada

sesiapa.

Namun, dalam perjalanan pulang, barulah dia menceritakan hal tersebut dan menunjukan rakaman yang

berjaya diambil sebagai bukti cerita yang disampaikan.

Lokasi sebenar tak dapat nak beritahu

Pengguna Twitter itu juga memberikan kredit kepada dua orang rakannya yang mengalami kejadian

tersebut kerana tetap cekal menjalankan tugas walaupun menempuh pengalaman yang cukup menyeramkan

andai kita mengalami sendiri situasi seperti itu.

Walau bagaimanapun, mtbgaaa yang bertugas sebagai medical assistant (MA) ini memohan maaf kerana tidak dapat mendedahkan lokasi sebenar dan identiti jena.zah yang mereka kunjungi untuk mengesahkan kema.tian itu.

Sumber: Twitter mtbgaaa via OMM / s7

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini