MENINGG̷aL DVNIA KETIKA RAKAAT PERTAMA SOLAT JUMAAT

PUTRAJAYA : Solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) tengah hari tadi gempar apabila seorang jemaah rebah ketika rakaat pertama.

Bagaimanapun, arwah dikenali sebagai Mohd Zaki Omar, berusia lingkungan 50-an sempat dikejarkan ke Hospital Putrajaya namun, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan.

Sebelum itu, arwah yang juga Penghulu Mukim Binjal, Pengkalan Chepa, Kelantan sempat melakukan kunjungan ke atas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary di pejabatnya di sini.

Berita kematian arwah turut dikongsi Marzuk menerusi hantaran di Facebook, petang tadi.

Marzuk berkata, arwah sempat makan tengah hari bersamanya pada lawatan pagi tadi dan tidak menunjukkan sebarang tanda sebaliknya kelihatan ceria.

“Berita sedih yang merentap kegembiraan kami bersama. Arwah masih ceria ketika makan tengahari bersama tadi dan turut sama solat Jumaat walaupun dalam pemusafiran.

“Jenazah kini sedang diuruskan di Hospital Putrajaya dan menunggu rekod perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Saya difahamkan arwah pernah menjalani rawatan sakit jantung sebelum ini,” katanya.

Katanya, beliau difahamkan, van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah bersedia untuk tujuan membawa pulang jenazah ke Pengkalan Chepa sementara menunggu keputusan saringan,” katanya.

Berita kematian arwah turut dikongsi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin menerusi hantaran di Facebook, petang tadi.

Izani berkata, arwah seorang yang ringan tulang, tidak banyak cakap dan berdedikasi menjalankan tugas.

“Semoga Allah menempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Sumbar. PortalIslamik

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini