Memerang Datang Lepak Sungai Melaka, “Petanda Yang Baik Mungkin”

Sungai Melaka adalah salah satu tarikan utama pelancongan di negeri penuh bersejarah, Melaka. Selain dari sejarahnya yang cukup memberikan kesan pada ekonomi negeri tersebut sejak dari zaman Tanah Melayu lagi, kini Sungai Melaka menjadi satu kawasan yang sering dikunjungi para pelancong.

Beberapa aktiviti pelancongan disediakan seperti cruise menaiki bot dan persisiran sungai yang tersedia kafe menjadi antara sebabnya. Namun baru-baru ini rakaman beberapa ekor memerang datang lepak Sungai Melaka telah menjadi perhatian ramai.

Difahamkan memerang ini pernah dilihat di sungai berkenaan sejak beberapa bulan lalu lagi. Berikut adalah perkongsian beberapa rakaman yang memaparkan memerang datang lepak Sungai Melaka yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun

Disebabkan kehadiran haiwan ini di sungai tersebut membuatkan ada yang membuat andaian Sungai Melaka semakin bersih. Ini kerana memerang hanya akan ada di sungai yang bersih kerana adanya makanan haiwan ini iaitu ikan.

Apa-apa pun berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen mengenai perkongsian ini:

“Kalau ada otters means sungai tu tahap kebersihan dia bagus sebab otters ni memilih sikit”

Memerang di Sungai Melaka 4

“Harapnya jangan ada pula yang memandai bagi makanan lak”

Memerang di Sungai Melaka 3

“Petanda yang baik mungkin. Mungkin Sungai Melaka dah semakin bersih memandangkan otter suka persekitaran air yang bersih”

Memerang di Sungai Melaka 2

“Maknanya kualiti air Sungai Melaka sudah semakin baik”

sumber: himpunanceritalawak