May4t remaja hilang ketika memancing ditemui dalam rahang buay4

TATAU – May4t pelajar tingkatan dua yang disyaki lemas ketika memancing di Kuala Tatau, di sini, ditemui berada dalam rahang seekor buay4 oleh penduduk kampung pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Tiga penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pada mulanya ternampak mata buay4 pada jarak sekitar 1.5 meter di kawasan lubuk sungai sebelum buay4 itu perlahan-lahan muncul.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit terkejut melihat badan mangsa berada pada rahang reptilia yang cukup besar itu.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Arffanirul Abdullah, 14, dari Kampung Haji Ismail.

“Selepas buay4 itu melepaskan mayat dan keadaan didapati benar-benar selamat, maka penduduk bertindak menarik jasad ke dalam bot sebelum membawanya ke sebuah pondok di kampung,” katanya.

Beliau berkata, may4t ditemukan di kawasan lubuk buaya yang terletak hampir 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati banyak kesan gigitan reptilia terbabit dengan tangan kanan putus dibaham manakala kaki kiri patah.

“May4t diserahkan kepada p0lis untuk tindakan lanjut.

“Dengan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.30 pagi tadi,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, mangsa bersama dua rakan dikatakan memancing di pinggir sungai sebelum mangsa menyelam bagi mendapatkan semula mata joran yang tersangkut.

Namun begitu, mangsa tidak muncul ke permukaan air menyebabkan rakannya segera mendapatkan pertolongan.

sumber: wowberita

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini