Masjid Ini Tawar Basikal Percuma Untuk Kanak-Kanak Lengkap Subuh Berjemaah Selama 40 Hari

Solat merupakan tiang agama. Ia merupakan rukun Islam yang kedua selepas daripada mengucap dua kalimah syahadah

Amalan pertama yang akan dihitung di hari kiamat nanti adalah pada solat seseorang. Sekiranya solat fardhu seseorang tidak dilaksanakan dengan sempurna, maka amalan lain tidak lagi berguna.

Ini dapat dilihat menerusi hadis Nabi Muhammad SAW: “Didiklah anak kamu solat pada usia tujuh tahun dan rotanlah mereka apabila usia mereka menjangkau 10 tahun ( jika masih meninggalkan solat).” (Riwayat Abu Dawud, Hadis Hasan Sahih)

Walau bagaimanapun, menerusi laporan baru-baru ini dalam usaha memupuk generasi muda mengimarahkan masjid, Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu di Melaka menghadiahkan basikal sebagai ganjaran untuk kanak-kanak dan remaja yang hadir solat Subuh berjemaah selama 40 hari menerusi program Subuh Istiqamah 40 Hari.

Sebanyak 40 basikal berharga RM20,000 disediakan menerusi program itu yang bermula 9 Februari lalu hingga 20 Mac depan

“Tidak dinafikan ibadat memerlukan keikhlasan. Namun hadiah basikal ini hanya strategi awal bagi menarik minat dan memotivasi anak untuk solat berjemaah di masjid.

“Program ini menyasarkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan yang berusia 12 hingga 23 tahun. Mereka ini 10 tahun lagi akan jadi orang dewasa dan diyakini dapat terus mengimarahkan masjid jika istiqamah solat berjemaah selama 40 hari.

“Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang solat berjemaah selama 40 hari, dia mendapat dua pelepasan iaitu pelepasan daripada api neraka dan pelepasan daripada menjadi orang munafik,” kata Imam II Masjid Nur As-Sa’adah, Mohd Noor Omar.

Jelas Mohd Noor lagi, mereka yang memenangi basikal juga akan dipilih sebagai sukarelawan masjid dan duta masyarakat termasuk membantu jawatankuasa masjid dalam mengajak golongan dewasa untuk solat berjemaah.

Program itu tidak membabitkan penggunaan wang tabung masjid, sebaliknya sumbangan rakan, ahli keluarga dan orang ramai

Sementara itu, Pengerusi Masjid Nur As-Sa’adah, Datuk Amzah Osman, berkata idea berkenaan timbul secara spontan selepas beliau dilantik memegang jawatan itu pada 1 Februari lalu bagi mengimarahkan masjid.

Katanya, pada awalnya beliau hanya membeli dua basikal berharga RM400 setiap satu yang digantung di dinding luar ruang solat sebagai pembakar semangat kepada kanak-kanak dan remaja untuk memilikinya.

“Sekarang ini, hampir 30 jemaah kanak-kanak memenuhi masjid dan dapat penuh lima atau enam saf, berbanding sebelum ini hanya satu atau dua saf saja.

“Saya rasa terharu kerana program ini mendapat sambutan menggalakkan apabila setakat ini kita sudah edarkan hampir 100 kad yang mana jemaah kanak-kanak dan remaja ini perlu dapatkan cop daripada noja masjid selepas solat subuh setiap hari.

“Malah, saya bersyukur apabila program ini tular, semakin ramai pihak tampil untuk menyumbang basikal sehingga 40 buah,” katanya.

Amzah berkata, program itu tidak membabitkan penggunaan wang tabung masjid, sebaliknya sumbangan rakan, ahli keluarga dan orang ramai.

“Program ini tidak menggunakan satu sen pun duit masjid, malah ada rakan yang sanggup menghadiahkan dua motosikal untuk diberikan pula kepada jemaah dewasa pada program akan datang.

“Insya-Allah, program hadiah motosikal ini kita akan buat minggu depan dalam usaha mengimarahkan solat lima waktu sama seperti Solat Jumaat,” katanya.

sumber: metrotv

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini