‘Masalah Hubungan Intim Bukan Punca Utama, Pasangan Bercerai Sebab Tidak S0lat’ – Ustazah Asma’

 

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk menguIas mengenai penceraian yang dikatakan berpunca disebabkan masaIah hubungan intim.

Abaikan s0lat lima waktu

Sekadar gambar hiasan 

Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’ berkata, 90 peratus rumah tangga yang berakhir dengan perceraian adalah disebabkan pasangan itu mengabaikan solat.

Kata Ustazah Asma’, semua ini ada kajian ilmiah berdasarkan analisis setiap kes, f0kus kepada punca masalah melibatkan ribuan kes dalam tempoh bertugas.

Masalah hubungan intim ada kalanya menjadi sebab utama, tapi kebanyakannya adalah kesan akibat bila syariat Islam diabaikan.

Cont0h, se0rang suami yang tidak solat, pasti cenderung abaikan juga tanggungjawab asas sebagai suami, dan mempunyai sikap yang tidak menyenangkan. Paling utama hilang berkat dalam hubungan dan terhalang rahmat Allah, maka hubungan intim yang sepatutnya sebagai ibadah boleh bertukar menjadi musibah.

Begitu juga dengan seorang isteri yang tidak solat, jika kewajipan paling utama sebagai muslim diabaikan dan tidak rasa berdosa, maka apa sangat nak rasa berdosa bila menolak ajakan suami tanpa sebab kukuh, walaupun amaran yang sangat berat.

Katanya lagi, masaIah hubungan intim boleh dibantu dengan dua keadaan. Pertama, menjawab kepada soalan yang berkait hukum hakam hubungan intim manakala kedua adalah saranan agama dan rawatan perubatan.

Apa yang saya nak nyatakan, ilmu ini memang sangat penting. Ia boleh diper0lehi daripada sumber fitrah semulajadi, atau dipelajari secara tidak langsung dengan capaian ilmu dari persekitaran atau boleh juga secara formal.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menyarankan agar menggunakan ayat yang tidak menyebabkan kecenderungan untuk membayangkan secara jelas hingga b0leh menaikkan syahwat selain tidak mendedahkan aib pasangan walaupun sudah tidak tinggal sebumbung.

Tambahnya, perlu juga menjemput individu yang bertauliah seperti doktor, kaunselor, perunding cara rumah tangga, peguam bagi memberi latihan khusus mengendalikan serta memberi k0nsultasi yang berkaitan.

Sumber: Facebook / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page DetikKiniViral.Net Ya.

PERHATIAN: Pihak DetikKiniViral tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *