Masa Khutbah Imam Titipkan Baca Doa Untuk Azwan Omar,Rahmatilah Hambamu Yang Menolong M4ngsa Banjir Walaupun Hanya Ada RM5O Sahaja

Nama pemuda berhati murni, Azwan Omar atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ terus mendapat tempat di hati warganet sejak beberapa hari lalu sekali gus masih tr3nding di laman Twitter.

Terbaharu, seorang individu @rafiquemuzhaffa memaklumkan khutbah Jumaat hari ini turut menitipkan doa buat pemuda berusia 29 tahun itu selepas misi bantuan b4njir dilakukannya tular di media sosial.

Masa khutbah imam baca doa for Azwan Omar, abang Viva.

“Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banj1r walaupun ada RM50 sahaja”

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan imam masjid mana yang membacakan doa tersebut. Malah, ada juga individu mendakwa sifat kebaikan Azwan disebut-sebut di beberapa lokasi masjid antaranya di Masjid Negara.

“Masa khutbah, imam baca doa untuk Azwan Omar, abang Viva. ‘Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa b4njir walaupun ada RM50 sahaja’.

“Jemaah satu masjid doakan untuk dia, mungkin satu Kuala Lumpur kalau khutbah dan doa diseragamkan,” tulis @rafiquemuzhaffa.

Abang Viva, nama dia disebut sewaktu khutbah Jumaat today in a few places.

Orang2 camni lah yg kita kena doakan pd setiap solat Jumaat. Mereka berbakti untuk ummah. Mereka contoh Islam yg baik.

Punyalah power brader Azwan Omar ni datang tolong orang banjir, nama dia disebut dalam doa kat masjid negara.

Sementara itu, seorang lagi individu @ushardaniele memuat naik satu ciapan meminta orang ramai sekiranya terdapat nombor telefon bagi menghubungi Azwan kerana mendakwa pihak Perodua mencari pemuda berkenaan.

Terdahulu, kisah Azwan dikagumi ramai apabila sanggup mengambil cuti kerja dan berbekalan RM50 sebelum membawa bot menggunakan kereta Perodua Viva bagi menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Shah Alam.

Difahamkan, dia yang bekerja sebagai operator mesin kini berada di sekitar Pahang pula yang turut terjejas akibat bencana banjir sekali gus berganding bahu dengan orang ramai dalam menghulurkan bantuan.

Sumber: Ohmymedia, Twitter / sembangdunia

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini