Mak Uda ‘pergi’ jua selepas tujuh hari ‘ditidurkan’

SUNGAI PETANI: Seorang penyelaras sebuah pusat pengajian di Padang Temusu di sini yang dikenali kerana sifat penyayang dan gemar melakukan kerja-kerja kebajikan meninggal dunia akibat Covid-19 pada Isnin lalu.

Allahyarham Norshida Hashim, 43, penyelaras Pusat Pengajian Al-Saswah Lil Banat di sini menghembuskan nafas terakhir selepas tujuh hari ‘ditidurkan’ di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Menurut abang kepada Norshida yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzil Hashim, adik bongsunya yang merupakan ibu kepada lima orang anak itu disahkan positif pada 28 Ogos lalu dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Arwah kemudian dimasukkan ke HSAH selepas tiga hari menjalani kuarantin apabila sesak nafas dan kemudian ‘ditidurkan’ selama tujuh hari.

“Bagaimanapun pada pagi Isnin lalu, arwah menghembuskan nafas terakhir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tunku Puan Habsah di Padang Temusu di sini,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, Allahyarham Norshida yang dipanggil Mak Uda disayangi bukan sahaja ahli keluarga, malah pelajar di pusat pengajian itu kerana arwah merupakan seorang yang penyayang, ringan tulang, peramah, gemar melakukan kerja-kerja kebajikan serta pandai memasak.

“Selain terkenal dengan sikap suka membantu melakukan kerja-kerja kebajikan, arwah juga pandai memasak dan dia selalu menyediakan juadah buat barisan hadapan sepanjang pandemik ini serta untuk program anjuran masjid, surau atau penduduk,” ujarnya.

Tambahnya, arwah meninggalkan suami, Ahmad Tarmizi Talib, 51, dan lima anak berusia antara tiga hingga 17 tahun.

“Sifat penyayang arwah itu pasti dirindui kerana dia pernah menyuap makanan kepada lebih 30 anak saudaranya,” katanya. – UTUSAN

sumber: wowberita

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini