Lelaki Kongsi Luahan Layan Karenah M̷angsa Banjir

SUDAH hampir seminggu beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir besar sehingga menyebabkan beratus ribu orang terpaksa dipindahkan ke kawasan yang selamat.

Mangsa-mangsa banjir yang tidak dipindahkan pula sehabis baik disantuni oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan mereka semua cukup bekalan makanan dan keperluan harian.

Makan nak memilih pulak tu
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian salah seorang sukarelawan yang sudi mengerah tenaga memberikan bantuan makanan dan keperluan harian dikenali sebagai @shahir_ahmad98 telah meluahkan rasa ralat apabila ada sesetengah mangsa banjir yang ‘demand’ dengan memilih makanan yang diberikan. Video diakhir artikel ini.

– Advertisement –

Tak kurang juga yang tidak mahu mengambil makanan yang bungkusannya sedikit basah walaupun tahu mereka menghantar makanan tersebut menggunakan bot dan sedikit sebanyak terkena percikan air banjir.

Ada yang malas nak turun ambil makanan
Ada juga yang malas untuk turut mengambil sendiri bantuan tersebut walaupun boleh sahaja mereka berbuat demikian. Pemuda berkenaan bercerita pengalamannya dalam keadaan mata berair kerana berasa begitu kecewa dengan hal tersebut lebih-lebih lagi ketika badan sendiri penat mengedarkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Orang bandar tak pernah kena musibah
Kerenah-kerenah yang aneh datang dari mangsa-mangsa banjir itu sedikit sebanyak membuatkan orang ramai yang menonton video tersebut berasa geram.

Walau bagaimanapun, mereka tetap memberikan kata-kata semangat kepada sukarelawan yang datang dari Teluk Intan, Perak itu agar sabar dan bertabah dengan perangai ‘orang bandar’.

Memang ada yang jenis demand

Dah tahu dah ragam orang2 sana

Bro dah buat yang terbaik

Bila hari2 melantak sedap

Rakaman yang tular

sumber: akupapankekunci

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini