Lelaki Berpakaian Pahlawan Melayu Di Pusat Vaks1n Jadi Perhatian Netizen!

Sejak akhir-akhir ini pelbagai ragam orang ramai di pusat vaks1n dapat dilihat. Ada yang hadir dengan memakai kostum itik, hantu dan sebagainya. Walau apa pun, tujuan utama mereka ke sana adalah sama iaitu untuk mengambil vaks1n.

Baru-baru ini satu lagi video di pusat vaks1n telah mencvri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan seorang lelaki berpakaian pahlawan Melayu di pusat vaks1n telah membuatkan ramai terpegun melihatkannya.

Bermula dari lelaki tersebut masuk ke kawasan tempat vaks1n, hinggalah ke dalam dewan. Kemunculannya itu mendapat perhatian umum di lokasi tersebut. Manakan tidak, bukan sahaja berpakaian seakan pahlawan, siap rambutnya juga panjang mengurai macam orang dulu-dulu!

Berikut adalah rakaman lelaki berpakaian pahlawan melayu di pusat vaks1n ini yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun 4gfbpendang:

Wow, segak bergaya sungguh! Perkongsian rakaman lelaki berpakaian pahlawan melayu di pusat vaksin ini telah meraih lebih 149 ribu tontonan dan 13 ribu likes. Rata-rata warganet memuji penampilan lelaki ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Terbaik. Takkan Melayu hilang di dunia”

“Bayangkan kalau kita semua laki melayu pakai camni hari-hari”

“Ini baru betul-betul semangat asyik watak superhero ini baru tanah air melayu”

Sumber : HCL / ageret