Kita Sayang Nabi Muhammad SAW… Allah Sayang Kita

Indahnya kehidupan ini melakar kasih kepada Nabi Muhammad SAW. Di kala menelusuri jalan menuju kepada cinta Ilahi, ramai yang asyik berlumba bagi mengejar cinta Ilahi sehingga terlupa untuk membenih cinta terhadap Nabi Muhammad SAW.

Penulis yakin, bagi mencapai rasa khusyuk di dalam solat, perlunya untuk membenih cinta terhadap Nabi Muhammad SAW.

Kita sayang Nabi Muhammad SAW, Allah sayang kita. Jalan untuk menuju cinta Ilahi adalah mengikuti syariat dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Lihatlah firman Allah S.W.T di bawah ini:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan d0sa-d0sa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ali-Imran 3:31)

Berdasarkan firman Allah S.W.T di atas, Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya:

Ayat yang mulia ini menghukvmkan setiap orang yang mendakwa kasihkan Allah, sedangkan dia tidak mengikuti Sunnah Nabi Muhammad bahawa dia sebenarnya dusta sehingga dia mengikut syariat Muhammad dan agama NabiNya dalam segala tutur kata dan amalan-amalannya…..

(Sumber : S.S Datuk Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri)

Jantung hati kita mesti sentiasa merasakan kasih dan sayang kepada Nabi Muhammad SAW.

Kita seharusnya memberikan keseluruhan cinta kepada Nabi Muhammad SAW sehingga melebihi cinta kita terhadap keluarga kita sendiri.

Andai lidah kita raj1n berzikir kepada Allah SWT, jangan dilupai untuk menuturkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ajarilah keluarga kita bahawa selawat merupakan amalan mulia dan utama. Ianya tanda kasih dan cinta terhadap Nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberikan segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Nabi Muhammad SAW ); Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab 33:56)

Lihatlah bagaimana Tuan Guru Sheikh Zainul Asri sentiasa memesan agar sentiasa menuturkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Semasa ceramah Tuan Guru Sheikh Zainul Asri sahaja, beliau sentiasa memb1sikkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Mungkin gaya Tuan Guru Sheikh Zainul Asri boleh dijadikan tips. Semasa kita berbual dengan sahabat kita sekalipun, selitkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dari semasa ke semasa.

Jadikan bibir kita sentiasa secara autom4tic berbisik selawat ke atas Nabi Muhammad SAW agar bibir kita tidak lupa akan menutur nama Baginda yang mulia. Dengan itu, perasaan cinta terhadap Nabi Muhammad SAW akan menebal.

Ulama-ulama sangat memuliakan hadis Baginda SAW.

Lihatlah bagaimana Imam Malik akan berwudhu, berpakaian baik serta memakai wangi-wangian apabila ingin mengajarkan hadis Nabi yang mulia. Ianya tanda kita membalas cinta kita terhadap Nabi Muhammad SAW.

Lihatlah bagaimana ulama masa kini terus berusaha menyebarkan Hadis 40 serta hadis Riyadus Shalihin sebagai ceramah wajib di setiap masjid ataupun seminar.

Justeru, sunnah Nabi Muhammad SAW juga perlu disebarkan dalam kalangan sahabat-sahabat atau keluarga kita. Ianya tanda kita mencintai apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

“Sebarkanlah daripadaku, walaupun satu ayat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Minat terhadap sirah Nabi Muhammad SAW perlu ditanamkan dalam benih perasaan kita. Daripada itu, baru kita dapat menelusuri pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan kesucian Islam.

Daripada sirah, kita dapat mempelajari betapa peritnya Nabi Muhammad SAW semasa dakwah. Baginda dipuukul, dib4ling batu, terpaksa meny0rok di gua yang semp1t, serta dilabel sebagai ahli s1hir. Namun, baginda tidak berputus asa. Nabi Muhammad SAW sangat cintakan umatnya.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat t4mak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Taubah 9:128)

Sahabat Nabi Muhammad SAW sangat cinta Nabi Muhammad SAW. Janganlah kita menghina sabahat Nabi Muhammad SAW. Sahabat sangat sayang Nabi Muhammad SAW.

Lihatlah bagaimana Abu Bakar al-Siddiq RA membiarkan kakinya dip4tuk ular agar tidak meny4kiti Rasulullah?

Lihatlah bagaimana Umar al-Khattab RA reb4h dan lemah longlai apabila mendengar kem4tian Nabi Muhammad SAW?

Lihatlah bagaimana cinta Anas Ibnu al-Nadhr RA, yang telah syahid di peper4ngan Uhud, sehingga luka lebih lapan puluh luka ditet4k, ditik4m dan dip4nah?

Akhir kata, penulis meletakkan dua firman Allah S.W.T yang berkaitan indahnya melakar cinta dan kasih terhadap Nabi Muhammad SAW:

“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).” (Surah al-Nisa’ 4:69)

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akh1r4t, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab 33 : 21)

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber : Iluvislam / satkoba