Ketua Trafik Berltahu Sebab Ambulance Bagi Laluan K0nvoi VVIP. Bkan Calang Calang Orang

Petaling Jaya – Pengguna laman sosial semalam b.erang selepas sebuah video yang dikongsikan menyaksikan sebuah ambulans perlu berhenti bagi memberikan laluan kepada kenderaan yang dipercayai orang kenamaan V.IP.

Menjengah ke ruangan komen, warganet yang menggunakan nama HusbandNakal berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pes.akit di dalam ambulans itu sudah tentu memerlukan rawatan dengan kadar segera.

Ketua JSPT Jelaskan

Polis Selangor menjelaskan anggota yang bertugas membuat penilaian awal sebelum mengarahkan ambulans milik Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berhenti bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Ketua Jabatan S iasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shari’at, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam di persimpangan jalan di Hulu Langat.

Katanya selepas membuat penilaian berkenaan barulah anggota polis yang bertugas mengarahkan ambulans terbabit serta sebuah kenderaan pacuan empat roda berhenti.

Berdasarkan penilaian, kata Azman, jika kenderaan terbabit tidak diarah berhenti dan diberi keutamaan, ia akan mewujudkan risiko kem.alangan dan memb.ahayakan pengguna lain di jalan raya berkenaan.

“Ini memandangkan jarak pendahulu konvoi yang telah tiba hampir ke persimpangan berkenaan.

“T.indakan mengatasi trafik tersebut telah diambil oleh anggota trafik berkenaan selaras dengan peruntukan mengikut Kaedah Lalu Lintas No 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular satu klip video menunjukkan anggota polis mengawal trafik di sebuah persimpangan bagi memberi laluan kepada sejumlah kenderaan yang berkonvoi, termasuk membawa Ismail Sabri.

Perdana Menteri itu hadir di Hulu Langat untuk melihat sendiri kerja-kerja pembersihan dan membantu mangsa banjir dari Taman Sri Nanding yang ada di Masjid al-Mustaqim di Batu 16 Hulu Langat.

Ia menarik perhatian ramai dan menyebabkan kemarahan juga apabila antara kenderaan yang diberhentikan untuk memberi laluan kepada konvon Ismail Sabri ialah sebuah ambulans dan kenderaan 4×4 membawa bantuan.

Kebanyakan netizen menganggap dalam keadaan begitu sepatutnya ambulans diberi keutamaan berbanding rombongan orang kenamaan.

Azman berkata polis sentiasa memberi keutamaan kepada kenderaan kec.emasan khususnya ambulans dan kereta bomba.

Namun katanya dalam keadaan yang ditunjukkan melalui klip video semalam, jika anggota trafik di persimpangan itu memberi keutamaan kepada ambulans dan kenderaan 4×4 terbabit keluar dari persimpangan ke jalan utama, ia akan mewujudkan r.isiko.

“Oleh yang demikian konvoi di jalan utama diberi keutamaan laluan bagi mengelak kem.alangan, selain mengambil kira penilaian awal yang dilaksanakan anggota trafik berkenaan,” katanya.

Tambah Azman sebaik saja konvoi terbabit melepasi persimpangan tersebut anggota trafik yang bertugas mengambil langkah segera dengan memberi keutamaan laluan kepada ambulans serta kenderaan 4×4 berkenaan.

“Polis sentiasa peka dan komited dalam memberi keutamaan kepada kepentingan awam, khususnya apabila penugasan melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan kenderaan kec.emasan terutama ambulans dan bomba,” katanya.

Kredit : MK/PS via om / news212media

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini