KESELAMATANRupanya Inilah ‘Kamitetep Beracun’ Melekat Di Dinding Rumah, Boleh Gatal Satu Badan!

 


Jika ada sesuatu yang melekat pada dinding rumah pastinya anda akan membersihkannya dengan cepat. Tetapi jangan pula anda sangkakan yang melekat itu hanyalah habuk semata, kerana itu mungkin adalah haiwan yang menyebabkan kegatalan atau lebam.


Mungkin anda hairan kerana bentuknya adalah seperti serpihan kulit pokok dan hanya melekat setempat, tetapi jangan terkejut jika itu sebenarnya adalah sejenis larva yang dipanggil kamitetep. Memetik laporan Sinar Harian, kamitetep ini adalah sejenis larva kecil yang boleh mengakibatkan kegatlan, lebam dan sakit yang lama.

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kamitetep ini. Mari kita lihat lebih lanjut makhluk hidup yang pandai berselindung ini.


MEMPUNYAI CENGKERANG DAN HANYA SEBESAR BIJI TIMUN

Bagi yang pernah terkena lebam dan gatal-gatal yang lama, sekiranya diperhatikan di bahagian tengah lebam biasanya terdapat bekas luka gigitan dalam bentuk lubang kecil sebesar jarum dan itu adalah berpunca dari seekor kamitetep.


Kamitetep atau nama saintifiknya ialah Phereoca Uterella mempunyai cengkerang yang membentuk sarung pipih berwarna coklat dan sebab itu jugalah ianya dikatakan seperti serpihan kulit pokok. Kamitetep ini menrupakan larva atau ulat dari sejenis rama-rama yang kebiasaannya membawa cengkerang bersai seperti biji timun.


Kepompongnya yang dibuat terdiri daripada serat sutera yang dicampurkan dengan pasir atau debu dan juga boleh berasal daripada tanah. Kepompong ini kebiasaannya mempunyai jalan keluar dari depan dan belakang bagi memudahkan ulat ini untuk keluar masuk. Kamitetep ini tidak akan keluar sepenuhnya tetapi hanya sebahagian badan keluar untuk mencari makanan.

Ianya juga suka memakan fabrik kain dan juga selalu melekat pada sarang labah-labah. Ini kerananya kamitetep ini suka memakan labah-labah kecil. Haiwan ini biasanya tinggal di tempat yang tersembunyi tetapi mempunyai suhu yang hangat seperti di bawah katil atau sofa, kerana haiwan ini juga akan makan di atas kain yang terdapat di sekitarnya.

Tubuh kamitetep setelah menjadi rama-rama akan mempunyai sayap yang panjangnya sekitar 13 mm. Perkara yang sangat mengagumkan dan mengerikan adalah, rama-rama dari kamitetep masih dapat bertelur sebanyak 200 biji dalam satu putaran telurnya. Telur akan disembunyikan di tempat yang mereka anggap selamat sehingga boleh menetas!


KAMITETEP INI JUGA BERACUN

Semasa menyengat atau menggigit, biasanya kamitetep akan meninggalkan bulu di tempat yang disengat. Bulu itu yang akan menyebabkan lebam dan bengkak dengan rasa sakit dan gatal yang teruk. Bengkak dan lebam yang disebabkan oleh sengatan serangga biasanya akan berlangsung selama beberapa hari bahkan lebih dari satu minggu kemudian akan menjadi hitam jika dibiarkan.


Luka digigit kamitetep boleh dirawat dengan menyapu balsem atau juga boleh menggunakan ubat gatal. Tetapi biasanya gatal akan terasa lagi setelah kesan balsem hilang. Terdapat cara tradisional yang cukup berkesan untuk merawat gatal setelah digigit serangga beracun ini dengan meletakkan pita atau pelekat pada benjolan daripada bekas gigitan kamitetep.


Setelah pita diletakkan di bahagian benjolan, tarik secepat mungkin sehingga bulu penyengat haiwan akan dikeluarkan oleh pita tersebut. Selain itu, korang juga boleh menggunakan kapas yang sebelumnya telah direndam dalam minyak tanah atau juga menggunakan kapur barus yang dicampurkan dengan air dan kemudian digunakan pada bekas gigitan kamitetep.


Cara membasmi kamitetep disarankan dengan bantuan pihak pest control kerana haiwan ini suka bersembunyi sehingga akan susah untuk menangkap dan menghapuskannya.

Sumber : Sinar Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *