Kenapa Selepas Kahwin, Isteri Rasa Tak Secantik Wanita Lain

Kehidupan selepas berkahwin, penuh dugaannya. Malah, kasih sayang suami-isteri juga ada pasang surutnya. Tidak seperti di awal perkahwinan, semuanya indah belaka.

Bila dah bertahun kahwin, mata asyik nampak kes4lahan dan kekurangan pasangan. Isterilah yang selalu jadi mangsa keadaan. Sebabnya kenapa? Ikuti kisah berikut ini yang boleh menjadi oengajaran buat suami-suami di luar sana.

Seorang suami mengadvkan apa yang dia rasakan kepada seorang Sheikh. Dia berkata:

“Ketika aku mengagumi calon isteri saya seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

Ketika aku sudah menikahinya saya lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari d1rinya.

Ketika sudah berlalu beberapa tahun perkahwinan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada isteriku. ”

Sheikh berkata: أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمر !?

“Adakah engkau tahu, ada yang jauh lebih parah daripada yang engkau alami ketika ini!?”

Lelaki yang bertanya: “Ya, mahu.”

Sheikh: “Sekalipun engkau mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anj1ng-anj1ng yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu daripada wanita manapun.”

Lelaki yang bertanya itu tersenyum masam, lalu dia berkata: “Kenapa tuan Sheikh berkata demikian?”

Sheikh itu meneruskan: ليس الأمر في عرسك, وإنما هو في قلبك الطامع وبصرك الزائغ, ولا يملأ عين ابن آدم الا التراب

“Masalah sesungguhnya bukan terletak pada isterimu, tapi terletak pada hati r4kusmu dan mata ker4njangmu. Mata manusia tidak akan pernah puas, kecuali jika sudah tertutup tanah kvbur. ”

Rasulullah bersabda:

لو أن لابن آدم واديا من ذهب أحب أن يكون له ثانيا, ولن يملأ فاه إلا التراب, ويتوب الله على من تاب

“Andaikan anak Adam itu mempunyai lembah penuh berisi emas pasti dia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang dapat memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat “.

Lalu Sheikh itu bertanya, “Adakah engkau ingin isterimu kembali seperti dulu, menjadi wanita terindah di dunia ini?”

“Ya Sheikh,” jawab lelaki itu dengan perasaan tak menentu.

Syeikh: فاغضض بصرك, فإن من ارتضى بحلاله رزق الكمال فيه

“Pejamkanlah matamu dari hal-hal yang h4ram … Ketahuilah, orang yang rasa cukup dengan suatu yang halal, maka dia akan diberi kenikmatan yang sempurna di dalam barangan halal tersebut.

Semoga bermanfaat.

Teruskan membaca

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: fiqhmenjawab.net / satkoba

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini