“Kenapa perIu mengusung jenázah di tengah-tengah hujan lebat. Kenapa tak tunggu sehingga hujan berhenti” – Kisah Pokok Keruing Bongk0k & Lelaki Usung Keránda

 Apa yang ingin saya kisahkan ini adalah mengenai sebatang pokok yang terkenal di kawasan tempat tinggal keluarga emak saya di kampungnya, di bahagian timur negeri Johor.

Pokok tersebut adalah pokok keruing. Orang kampung emak saya memanggilnya ‘keruing bongkok’ kerana bentuknya bukan menjulang ke atas, tetapi membongkok.

Pak Usu saya pernah kata, suatu ketika dulu, daun-daunnya ada yang mencecah ke tanah. Tapi lama-kelamaan ia sudah tiada kerana dahan dan ranting yang hampir mencecah tanah itu dipatahkan oleh budak-budak yang bermain di situ.

Emak dan Pak Usu saya pernah menceritakan beberapa kejadian pelik yang berlaku di sekitar keruing bongkok itu. Antaranya adalah kisah sekumpulan budak-budak yang bermain berhampiran pokok tersebut, berlari bagai dir4suk h4ntu.

Salah satu peristiwa diceritakan oleh Pak Usu saya yang merupakan salah seorang saksi dalam kejadian itu. Ia berlaku semasa Pak Usu dalam darjah lima iaitu pada sekitar awal tahun 1980-an.

Suatu petang, Pak Usu dan berbelas-belas orang kawannya bermain bola sepak tidak jauh dari pokok keruing bongkok itu. Mereka sepakat bermain bola petang itu setelah melihat langit mendung.

Mereka tahu hujan pasti akan turun. Kalau tengah main bola, kemudian tiba-tiba hujan, memang best. Kira ‘syurga’ bagi mereka. Seperti yang diharapkan, petang itu hujan turun dengan lebat.

Ketika mereka seronok bermain, entah dari mana tiba-tiba mereka nampak sekumpulan tiga orang lelaki berbaju serba hitam mengusung sebuah kɛranda. Seorang di depan dan dua orang di belakang.

Tiada orang lain yang mengiringi di depan atau di belakang seperti yang biasa dilihat kalau ada orang mengusung jɛnazah ke kvbur. Serentak itu, Pak Usu dan kawan-kawannya berhenti bermain bola. Mereka hanya tercegat memerhatikan gelagat tiga orang yang mengusung jɛnazah itu.

Timbul pertanyaan di fikiran mereka, siapa pula yang meningg4l. Tak ada pun bunyi beduk pagi tadi di masjid. Biasanya kalau ada orang kampung meningg4l, pasti semua orang tahu. Siapa pula orang yang mengusung keranda itu. Wajah-wajah mereka tidak pernah dilihat sebelum ini.

Pak Usu terfikir, mungkin mereka itu bukan orang kampung mereka, atau mungkin orang yang tinggal berdekatan dengan kampungnya. Tapi, kenapa semuanya berpakaian serba hitam.

Ada sesuatu yang pɛlik berkenaan pakaian tiga lelaki tersebut. Mereka tidak mengenakan songkok atau kopiah, sebaliknya mengenakan penutup kepala yang bersambung dengan baju. Ia seakan-akan pakaian r4hib.

Tak pernah Pak Usu dan kawan-kawannya melihat orang yang mengusung kɛranda berpakaian pɛlik begitu. Walaupun begitu, mereka tahu bahawa yang m4ti itu adalah orang Islam kerana bentuk kerandanya menunjukkan bahawa jɛnazah itu beragama Islam.

Satu lagi, kenapa perlu mengusung jɛnazah di tengah-tengah hujan lebat. Kenapa tak tunggu sehingga hujan berhenti. Pak Usu dan kawan-kawannya juga tertanya-tanya, kenapa mereka melalui kawasan tempat budak-budak kawan Pak Usu itu bermain. Mana ada kawasan perkvburan di situ.

Kalau benarlah jɛnazah itu hendak dikɛbumikan, mereka bukan bawa jɛnazah itu ke kawasan Pak Usu dan kawan-kawannya bermain bola. Mereka sepatutnya ke tanah perkvburan yang terletak di sebelah masjid, kira-kira dua kilometer dari situ.

Pak Usu dan kawan-kawannya terus terpaku memerhatikan saja ke mana jɛnazah itu hendak dibawa. Akhirnya, apabila sampai di pokok keruing bongkok, mereka bertiga yang mengusung kɛranda itu terus hilang, seolah-olah masuk ke dalam pokok tersebut.

Pak Usu dan semua kawannya yang menyaksikan kejadian pɛlik itu, amat terkɛjut. Mereka memandang sesama sendiri tanpa berkata apa-apa dan masing-masing terpinga-pinga.

Kejadian anɛh itu membuatkan budak-budak tadi berasa teruja. Macam mana mereka boleh masuk ke dalam pokok. Membawa kɛranda pula! Apa tujuan mereka yang mengusung kɛranda itu masuk ke dalam pokok keruing bongkok itu.

Walaupun sɛram dan t4kut, ada beberapa kawan Pak Usu yang berani. Mereka ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada tiga lelaki dan jɛnazah yang kini telah berada di dalam pokok itu.

Disebabkan itu, sebahagian daripada kawan-kawan Pak Usu yang berani itu pergi mendekati pokok tersebut. Walaupun ada yang menghalang dan rasa t4kut, tetapi mereka tidak mampu menghalang naluri ingin tahu sekumpulan yang berani itu.

Kumpulan yang berani itu terus merapati pokok tadi. Kumpulan yang pɛnakut, yang seorang daripadanya adalah Pak Usu, hanya memerhatikan saja gerak-geri mereka.

Tiba-tiba budak-budak daripada kumpulan yang merapati pokok itu lari lintang-pukang ke arah budak-budak yang hanya menjadi pemerhati.

“Lari… lariiii…! Lari weiii lariii!!!” tɛriak mereka sambil berlari laju meluru ke arah kawanan Pak Usu.

Melihatkan mereka bertɛriak dan berlari, Pak Usu dan kawan-kawan yang menunggu tadi, tidak tunggu lama. Mereka berlari dalam hujan sambil meranduk tanah lapang yang digenangi air. Ramai juga yang j4tuh tergolɛk.

Mereka bangun dan lari tanpa menoleh ke belakang sehingga sampai ke sebuah pondok di tepi jalan. Masing-masing tercungap-cungap macam ikan yang hidup di atas darat. Mereka yang dari kumpulan berani itu mula bercerita. Cerita mereka membuatkan kumpulan yang pɛnakut, benar-benar terkɛjut.

Apa yang budak-budak tersebut lihat di sebalik pokok keruing bongkok itu adalah tiga kepala manusia yang semuanya terlɛkat pada batang pokok itu. Hanya kepala, tanpa badan…

Keadaan kepala-kepala tersebut sama seperti kepala tiga orang pengusung jɛnazah tadi, bertutup. Jika sebelum ini mereka tidak nampak wajah ketiga-tiga lelaki itu kerana bertutup, kali ini mereka boleh nampak dengan jelas.

Walaupun wajah ketiga-tiga kepala tersebut adalah seperti wajah manusia biasa dan tidak menyɛramkan, namun kalau hanya kepala saja yang melekat pada pokok, sesiapa pun boleh terkɛjut.

Betulkah cerita kawan-kawan daripada kumpulan yang berani tadi. Pak Usu kata tak tahulah sama ada betul atau sebaliknya. Tapi kalau dah semua yang pergi meninjau di sebalik pokok itu bercerita benda yang sama, sama-sama lari, sama-sama ket4kutan, mestilah cerita itu betul.

Menurut Pak Usu, walaupun dia sendiri tidak melihat tiga-tiga kepala yang melekat pada pokok keruing bongkok itu dan tidak dapat mengesahkan kesahihannya, sekurang-kurangnya dia saksikan sendiri peristiwa tiga lelaki dan sebuah kɛranda ghaib dalam pokok berkenaan. Dia yakin, kawan-kawannya yang berani itu memang nampak sendiri tiga kepala melekat pada batang pokok itu.

Cerita Pak Usu dan kawan-kawannya itu cepat tersebar ke seluruh kampung. Pada petang itu juga, ramai penduduk kampung dan yang tinggal berhampiran, pergi ke pokok keruing bongkok untuk melihat sendiri tiga kepala yang melekat itu. Namun m4langnya, kepala-kepala tersebut sudah tidak ada.

Hampir sebulan topik perbualan di kawasan itu adalah kisah ‘budak-budak nampak h4ntu’ saja. Bukan setakat orang kampung dan kawasan berhampiran saja, orang dari luar daerah pun ramai yang datang dan bertanya.

Walaupun yang datang itu tidak dapat melihat bukti kebenaran tiga kepala melekat di pokok keruing, namun orang ramai tidak putvs-putvs mengunjungi lokasi di mana peristiwa ganjil itu beraku.

Itu adalah satu daripada beberapa kisah yang emak dan Pak Usu ceritakan kepada saya. Sebenarnya banyak lagi kejadian pɛlik yang berlaku sama ada di bawah pokok keruing bongkok atau di sekitarnya.

Saya lebih tahu cerita ‘budak-budak lari itu’ kerana sumbernya adalah Pak Usu saya sendiri. Dia yang mengalaminya. Jadi, saya lebih percaya tentang cerita Pak Usu.

Daripada cerita emak dan Pak Usu yang memperincikan fizikal pokok tersebut, saya ada teori sendiri mengapa yang dikatakan ‘h4ntu’ itu suka pada pokok keruing bongkok.

Pertama, biasannya keruing tumbuh di kawasan hutan tanah pamah atau berbukit. Dalam kɛs ini, keruing itu tumbuh di tepi pantai yang berpasir.

Sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja, emak dan Pak Usu tinggal di perkampungan yang terletak di tepi pantai yang berpasir, bukannya di tepi hutan. Pelik juga bila keruing tumbuh di kawasan berpasir, seolah-olah ia tumbuh pada tempat yang salah.

Kedua, keruing akan tumbuh menjulang ke atas dan bukannya bengkok dan membongkok seperti yang tumbuh di kampung itu.

Keruing biasanya boleh mencapai ketinggian sehingga 65 meter. Keruing bongkok pula, Pak Usu anggarkan hanya berketinggian sepuluh hingga sebelas meter sahaja.

Pucuknya pula membengkok ke arah tanah. Bahagian yang paling tinggi pada keruing itu bukannya bahagian pucuknya, tetapi bahagian batang tengahnya.

Ketiga, pokok keruing biasanya mempunyai batang yang lurus, bulat dan agak licin. Ia juga keras seperti kayu yang sejenisnya seperti jati, cengal, belian, nyatuh, sentang, ramin dan sebagainya.

Namun bagi keruing bongkok, batangnya sangat menggɛrutu, tidak licin dan agak lembut. Sesiapa yang melihatnya, memang akan mengatakan yang ia sangat pɛlik.

Tiga keanɛhan inilah yang saya kira menjadi penarik kepada ‘h4ntu’ untuk mendiami pokok itu.

Namun, itu hanya andaian saya saja. Mungkin juga tiga orang pengusung jenazah dan tiga kepala yang melekat pada batang pokok itu ada kaitannya dengan tiga keganjilan pada pokok keruing bongkok itu. Bagai saya kata, hanya mungkin sahaja, sekadar teori.

Lagipun kita sering mendengar tentang sesebuah pokok besar dan kawasan di sekitarnya bukan sahaja menjadi tempat bermain dan berehat bagi manusia, golongan yang kita tidak nampak dengan mata kasar seperti j1n juga menyukainya.

Malahan ‘dia’ menjadikan pokok tersebut sebagai ‘tempat tinggal’ dan ‘tempat bermainnya’. Wallahu a’lam, Hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui segalanya.

Sumber Nordin Hj. Nasrullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *