Kejadian Kepala Air, 50 Termasuk Bayi Terprangkap Di Kawasan Perkelahan

Seramai 50 mngsa termasuk lima bayi berdepan detik cemas apabila terperangkap, berikutan kejadian kepala air di kawasan perkelahan Sungai Kenerong, Jelawang, Dabong, petang semalam.

Difahamkan, kesemua mngsa terdiri daripada 35 dewasa, 10 kanak-kanak serta lima bayi terprangkap di kawasan perkelahan berkenaan akibat limpahan air susulan arus sungai yang deras.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Azwan Daud, berkata pihaknya menerima panggilan kecmasan berhubung kejadian itu pada jam 5 petang dan tiba di lokasi kejadian 5.26 petang.

Katanya, seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat kesemua mngsa yang terprangkap.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati ada mngsa yang terprangkap di kawasan perkelahan itu dan operasi menyelamat menggunakan tali dan bot bagi membawa keluar serta memindahkan kesemua mngsa.

“Operasi menyelamat tamat pada jam 7.40 malam dan kesemua mngsa berjaya dibawa ke tempat selamat,” katanya.

Anggota bomba membawa mngsa yang terprangkap dalam kejadian kepala air Sungai Kenerong, Jelawang, Dabong, petang semalam ke tempat yang selamat. – Sumber dipetik dari MYKMU, NSTP/Ihsan JBPM

sumber: mytviral

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini