Kanak-kanak 6 tahun lemas terjatuh sungai

YAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai dekat Kampung Perupok ketika sedang bermain bersama kakaknya, petang Ahad ditemui lemas pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, mayat mangsa ditemui di Kampung Setar pada jam 10.05 pagi Isnin, kira-kira dua kilometer dari sebuah jambatan berhampiran rumah neneknya oleh orang awam yang turut melakukan operasi pencarian.

Menurutnya, sebelum kejadian, Mohd Hafiz Izzan Awary dikatakan sedang bermain bersama kakaknya yang berusia sembilan tahun sebelum disedari hilang pada jam 6.45 petang Ahad.

“Difahamkan, mangsa sedang bermain sebelum kakaknya terlebih dahulu pulang ke rumah nenek mereka.

“Mangsa disedari hilang setelah bapanya melihat basikal mangsa ditinggalkan di tepi jambatan tidak jauh dari rumah sebelum memulakan pencarian,”katanya.

Shahnaz melihat lokasi di mana basikal mangsa ditemui.
Keluarga mangsa akhirnya membuat panggilan kecemasan setelah gagal mencari mangsa di sekitar lokasi basikal ditemui.

Disyorkan artikel ini:
Bot karam: Mayat kanak-kanak ditemukan di Beaufort
Kanak-kanak lelaki lemas mandi dalam parit
Kanak kanak jatuh bangunan tinjau mula sedar
Menurut Shahnaz, pihaknya menerima panggilan memaklumkan seorang kanak-kanak dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

“Pasukan bomba dan Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) Yan telah menjalankan operasi pencarian di lokasi dipercayai hilang.

“Operasi pada hari ini (Isnin) diteruskan di kawasan Sungai Kampung Perupok sehingga ke perairan kuala Sungai Udang, Yan.

“Dengan penemuan mangsa hari ini, secara rasminya operasi pencarian ditamatkan,”katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Yan untuk proses bedah siasat.

sumber: sinarharian

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini