Jururawat meninggal akibat Covid-19 selepas lahirkan anak

Kota Bharu: Seorang jururawat yang juga hamil meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra dekat Kuala Krai, semalam.

Norfaizah Mohamed Nor, 34, menghembuskan nafas terakhir pada 3.02 pagi.

Difahamkan, wanita berkenaan yang menungggu kehadiran anak sulungnya sejak 10 tahun, sebelum itu terpaksa melahirkan zuriat itu secara pembedahan ketika kandungan berusia 26 minggu.

Wanita itu dijangkiti Covid-19 kategori lima dipercayai daripada pesakitnya.

Bayi wanita itu kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat Covid-19, semalam.

Beliau berkata, Allahyarham adalah jururawat di Hospital Gua Musang dan seorang petugas yang berdedikasi.

“Jenazah wanita itu dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Online

Sumber: HARIAN METR / terengganutv

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini