Jerung Lahir Di Zaman Purba Berusia Ratusan Tahun Ditemui Terdampar Di Pantai

Pada 13 Mac yang lepas, seorang pengunjung pantai di Pelabuhan Newlyn telah menemui seekor bangkai jerung yang ditemui hanyut dan terdampar di pesisir pantai Cornwall.Jerung Lahir Di Zaman Purba Berusia Ratusan Tahun Ditemui Terdampar Di Pantai –

Wakil daripada Yayasan Hidupan Liar Cornwall yang telah dihubungi telah tiba di lokasi lebih kurang sejam kemudian, namun berlaku fenomena air pasang hingga menyebabkan bangkai jerung itu hanyut semula ke laut.

Bangkai jerung itu bagamanapun ditemui semula oleh seorang anak kapal syarikat pelancongan Mermaid Pleasure Trip dan akhirnya bangkai jerung itu pun dibawa ke daratan.Jerung Lahir Di Zaman Purba Berusia Ratusan Tahun Ditemui Terdampar Di Pantai –

Jerung berkenaan merupakan spesis Greenland yang dipercayai mempunyai jangka hayat antara 250 hingga 500 tahun.

Menurut pakar, jerung tersebut dipercayai dilahirkan ketika pemerintahan Raja Henry VIII dari tahun 1509 hingga 1547. Walaubagaimanapun, ianya masih belum dapat disahkan melalui bedah siasat yang dijalankan oleh Marine Strandings Network.Jerung Lahir Di Zaman Purba Berusia Ratusan Tahun Ditemui Terdampar Di Pantai

Jerung Greenland adalah berasal dari Lautan Artik dan Atlantik Utara tetapi jerung ini juga boleh didapati di perairan laut dalam sekitar Britain.

Menurut laporan, cuma seekor jerung spesis Greenland yang pernah ditemui di Britain iaitu pada tahun 2013, namun ditemui dalam keadaan yang sama seperti sekarang iaitu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.Jerung Lahir Di Zaman Purba Berusia Ratusan Tahun Ditemui Terdampar Di Pantai – nangtime.com

Penemuan jerung ini akan digunakan sebagai salah satu penyelidikan ke atas mamalia laut yang terdampar ke pantai dan daratan, termasuk paus dan ikan lumba-lumba.

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.