Jadi ist̷eri tak s̷ampai 24 j̷am, Fatin akh̷irnya p̷ergi jua..

Benar kata pepatah, ‘Langit tak selalunya cerah’ mungkin boleh dikaitkan dengan situasi ini. Kisah perkahwinan singkat ini benar-benar meruntun jiwa rakyat Malaysia.

Allahyarhamah Fatin Nursyahirah Yusuf selamat dikebumikan selepas tidak sampai 24 jam bergelar isteri kepada Mohamad Saiful Azzam Mohmed.

Anak keempat dari lima beradik itu disahkan menghidap kanser tisu tahap empat pada bulan Ramadan, tahun lalu.

Menurut abang kepada arwah, pemergian adik tercinta ternyata meninggalkan kesan paling mendalam terhadap mereka sekeluarga.

“Selama ini saya tidak ambil kisah sangat pasal kanser, tapi apabila ia kena kepada adik saya sendiri, ia memang sesuatu yang merentap hati dan jiwa kami sekeluarga,” kata Shukur Yusuf.

Shukur memberitahu kesihatan Fatin mula merosot sejak tahun lalu namun majlis pertunangan tetap diteruskan pada 17 Jun lalu.

Kesakitan tidak menghalang cinta mereka, kedua belah keluarga setuju mempercepatkan pernikahan mereka dan ia juga dipersetujui adik saya sendiri sebelum mereka dinikahkan pada 4 Ogos lalu.

Pernikahan mereka berjalan serba ringkas, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat, tiada baju pengantin, malah ketika Azzam melafazkan akad nikah, Fatin Nursyahirah hanya mampu terbaring di atas katil, sebelum dia dimasukkan ke Hospital Jitra petang itu untuk menjalani rawatan akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas pernikahannya, Fatin Nursyahiraq menghembuskan nafas terakhirnya pada 5.20 pagi, Sabtu lalu di Hospital Jitra, di sisi suaminya, ayah dan ibunya serta Shukur sendiri.

Kisah menyayat hati dikongsikan Shukur mengenai perjalanan hidup Fatin Nursyahirah selepas disahkan menghidap kanser yang tular di media sosial Facebook miliknya.

“Saya terharu dengan kesungguhan Azzam serta keluarga Azzam sendiri yang tidak pernah jemu-jemu datang melawat, memberikan sokongan malah turut mencari ikhtiar bagi menyembuhkan penyakit yang dihidap adiknya itu.

“ Sekiranya arwah adik saya pernah mengguris perasaan sesiapa di sini, saya memohon maaf dan doa agar roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT,” akhirinya.

sumber: wowberita

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini