Isteri meninggal, suami parah dalam kemalangan ketika urusan tunaikan Umrah

Hasrat seorang isteri untuk menunaikan umrah bersama suami tidak kesampaian ini setelah beliau meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya.

Sebuah portal berita melaporkan sepasang suami isteri yang dalam perjalanan menguruskan dokumentasi untuk mereka menunaikan umrah terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ)

Difahamkan ketika tiba di tempat kejadian motosikal yang ditunggani oleh suami mangsa Looy Muhammad Brah 34 tahun merempuh belakang sebuah kereta jenis Mazda CX5 yang dipandu oleh seorang kerani yang berusia 47 tahun.

Akibat kemalangan tersebut mangsa Adawiyah Zakaria 41 tahun yang membonceng tercampak ke tengah jalanraya. Mangsa yang dibawa ke Hospital Melaka walaubagaimanapun tidak dapat diselamatkan.

Mangsa yang merupakan seorang peniaga di restoran di Medan Selera Limbungan dari perjalanan bersama suaminya menghala ke Malim. Difahamkan suami mangsa turut mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

sumber: harianarticles