Isteri Ingatkan Ul̷ar Itu Tak Berbah̷aya, Suami Isteri Terk̷ejut Rumah Mereka Dimasuki Se̷ekor Ul̷ar Tedung Sel̷ar Sep̷anjang 4 M̷eter

Satu pasangan suami isteri terkejut apabila menyedari seekor ular tedung selar telah menceroboh masuk ke rumah mereka dan melingkar di bawah almari dapur dalam rumah mereka.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Teluk Merubi, Kupang itu, si suami yang dikenali sebagai Abdul Malik Razak, 32, berkata isterinya yang telah menemui ular itu ketika sedang memasak di dapur sekita jam 8.15 malam.

Menurut Abdul Malik isterinya Nor Aimuni Zainal, 32 pada mulanya menyangkakan ular sepanjang 4 meter dan seberat 7kg itu tidak berbahaya dan dengan berani cuba untuk menghalau ular tersebut dari rumah mereka.

Abdul Malik bagaimanapun terus menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dapatkan bantuan.

Pihak APM Daerah Baling yang bergegas ke lokasi telah berjaya menangkap ular tedung selar tersebut dengan menggunakan peralatan khas dalam masa lebih kira-kira 20 minit.

“Nasib baik isteri saya tidak dipatuk oleh ular berbisa itu,” ujarnya.

Ular tersebut dipercayai menceroboh masuk kedalam rumah dari kawasan semak berhampiran rumah mereka.

Untuk info, ular tedung selar merupakan ular berbisa terpanjang di dunia dan boleh mencecah sehingga 5 meter panjang.

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Sumber: sajagempak