Ins̷an Kur̷ang W̷ar̷as Sering Bertandang, Owner Kedai Tersentuh Tengok Tengah Solat

Masih ingat lagi tak dengan kisah ‘Hussein Gila’ yang pernah viral satu ketika dahulu? Malah cerita tersebut turut diangkat menjadi satu telefilem menyentuh hati bertajuk ‘Firdaus Gila’. Ia berkisarkan seorang individu kurang waras yang mana pemergiannya dalam keadaan cukup dimuliakan.

Sering datang dekat kedai…Mudah terhibur
Ibarat kisah sama, itulah yang sempat dikongsikan menerusi satu rakaman video di TikTok Mi Miey. Jelas wanita tersebut, kedai miliknya sering sahaja didatangi seorang lelaki yang sedikit kurang waras dengan pakaian koyak. Walau bagaimanapun, individu tersebut tidak mengganggu orang sekeliling dan hanya bercakap atau bernyanyi seorang diri.

Mula-mula dia teman mengecat sambil nyanyi…Tiba-tiba lesap
Namun ada satu hari, wanita itu tertanya kenapa lelaki berkenaan tiba-tiba sahaja senyap dan menghilang dari pandangan. Setelah dicari, rupa-rupanya insan tersebut dilihat berada di dalam satu kedai yang belum siap dan mula menunaikan solat meskipun dalam keadaan tidak sempurna.

Nama dia ni Syed Khirol, bijak pandai orangnya…Tapi ada orang buat hanya kerana cinta perempuan tu dia tolak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup sebak melihat rakaman tersebut. Dalam pada itu, ramai mengakui tersentuh dengan perlakuan individu berkenaan meskipun tidak normal seperti yang lain.

Insan Kurang Waras Sering Bertandang, Owner Kedai Tersentuh Tengok Tengah Solat 2

Insan Kurang Waras Sering Bertandang, Owner Kedai Tersentuh Tengok Tengah Solat 3

Insan Kurang Waras Sering Bertandang, Owner Kedai Tersentuh Tengok Tengah Solat 4

Kredit: TikTok Mi Miey / kisahdunia

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini