Ini Rahsia Anak Soleh, Letak Tangan Atas Ubun-Ubun, Setiap Hari Mulakan Asmaul Husna..In Sya Allah

Doa untuk anak daripada ibu bapa adalah satu doa yang amat mustajab. Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak-anak.

Pastikan niat yang kita buat untuk anak adalah yang elok-elok dan setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa juga perlu dijaga agar tak menjadi kebiasaan setiap kali nak m4rah.

DOA ANAK SOLEH

Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.

Ya Fattah

Ya Alim

Ya Nur

Ya Hakim

Ya Rashid

Ya Hafiz

Ya Muhaimin

YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.

Seterusnya titipkan doa ini.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)

Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.

Ya Mujib.

————————————————-

Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.

“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”

Kalut2 menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.

“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.

“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”

Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.

Lalu, saya letakkan tangan di ubun2 kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.

“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.

Subhanallah

Terimalah doa ini.

YA MUJIB

sumber : Nor Fatihahnoor / rencahrasa

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini