Ini Ayat Padu Dari Syed Saddiq “Lebih baik bagi pangkat ” Datuk Seri” dekat Ebit Lew Dari Bagi Menteri..”

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Pengasas parti Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan pendakwah terkenal Ebit Lew diberi pangkat ‘Datuk Seri’ kerana jasanya membantu masyarakat.

“Lebih baik anugerahkan pangkat ‘Datuk Seri’ ke Ustaz Ebit Lew dari menteri dan ahli politik, setuju?” catatnya di Twitter.
Wakil rakyat Muar itu berkata sedemikian selepas beberapa pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerima darjah kebesaran sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 semalam.

Antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Manakala Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan menerima pangkat ‘Datuk Seri’.

Namum beberapa pembangkang mengkritik pengurniaan pingat kepada pemimpin PN yang dianggap tidak sesuai ketika negara masih bergelut dalam pandemik Covid-19.

sumber : msn

Dua hari di Semporna, Ebit Lew sudah Islamkan 490 orang komuniti Bajau Laut
Kehadiran pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ke Sabah sejak beberapa hari lepas seakan memberi satu rahmat buat sesetengah masyarakat apabila memberikan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan.

Selain daripada itu, beliau juga telah berjaya mengislamkan 490 orang penduduk kawasan atas air yang kebanyakkannya adalah masyarakat Bajau Laut.

Tiga ratus lebih lagi masuk Islam
Menurut Ebit Lew lagi, kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai agama dan hanya sesekali sahaja ke darat memandangkan sebahagian besar mereka tidak mempunyai negara.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut menzahirkan rasa terima kasih kepada beberapa pihak seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komando 69 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Beliau turut berterima kasih kepada Pengurusan Taman-taman Sabah barisan NGO yang tak henti-henti memberikan bantuan bagi menjayakan misi tersebut.

Kerajaan akan beri bimbingan
Selain itu, menerusi Berita Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan bahawa masyarakat Bajau Laut yang memeluk Islam itu akan diberikan bantuan dan bimbingan bagi memahami Islam dengan lebih mendalam.

“Kita ada penggerak iaitu ustaz bertauliah dan berkaliber untuk terus berada dengan kelompok berkenaan bagi memberikan bimbingan termasuk di Sabah, penduduk Bajau Laut itu.
Kerajaan akan bantu dari aspek bimbingan keagamaan untuk memahami secara mendalam berhubung Islam,” katanya.

Perkara tersebut diulas selepas mendapat perkhabaran seramai 157 komuniti Bajau Laut memeluk Islam ketika pendakwah terkenal Ebit Lew hadir melakukan misi kemanusiaan di Samporna Sabah semalam.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim) Ebit Lew

Ebit lew Terpaksa Hentikan Bantuan Di Pulau Semporna, Jika Tidak Beliau Bakal Di Penjara 3 Tahun.
Siapa tidak kenal dengan Ustaz Ebit Lew, seorang pendakwah yang ‘datang’ dengan ‘pakej dakwah’ yang lembut dan berhemah ketika menyampaikan sesi dakwahnya. Pendekatan dakwah Ustaz Ebit Lew menjadikan ramai orang terbuka hati untuk menerima dakwah yang cuba disampaikannya.

Menjadikan sosial media seperti Instagram miliknya sebagai medium untuk menyampaikan dakwah secara ‘halus,’ nyata usaha dan pendekatannya telah berjaya ‘mencuri’ hati golongan sasaran setiap kali Ustaz Ebit Lew turun padang untuk menjalankan ‘street dakwah

Ada Pihak Tak Senang Hati

ADA pihak yang tidak senang dengan berita mengenai pendakwah Islam Ebit Lew membantu masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah menjadi muslim dan mengenal Tuhan secara beramai-ramai.

Di Twitter, ada individu yang mendakwa bahawa Ebit menggunakan pendekatan ‘aku beri kau makanan dan kau perlu masuk Islam’.

Dia mempersoalkan nilai pengajaran dan unsur kemanusiaan yang disampaikan oleh Ebit.

“Syabas Ebit! Sistem barter yang terbaik. Mangsa banjir – saya memberikan makanan kepada anda tetapi anda perlu menjadi Islam.

“Apakah nilai pengajaran dan kemanusiaan ini? Pengalaman bermakna, jangan mempercayai mana-mana misionaris atau pendakwa. Layanan tidak beretika dalam perdagangan kepercayaan dan identiti anda,” kata individu terbabit.

EBIT LEW TARIK DIRI

Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.

Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.

Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua.

Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah.

Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah-ebitlew

komen netizen

sumber : ebit lew via hmtnws / theupdatenews

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini