(Info Manfaat) “Jika kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana mungkin ia akan membawamu ke syurga!”

“Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!” Begitu tersentuh sekali perkongsian kali ini Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Mafhum hadis Riwayat Ibn Majah;

“Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: ‘Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akh1r4t (Al-Tawbah 9: 18). “

2- Mafhum hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah:

“Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan d0sa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik.”

3- Mafhum hadis Riwayat Ibn Majah:

“Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan d1rinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang.”

4- Mafhum hadis Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad:

“Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mat1 dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.

ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.

iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.

5- Mafhum hadis Riwayat Muslim:

“Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkaj1nya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat.”

(Riwayat Muslim)

6- Mafhum hadis Riwayat al-Bukhari:

“Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya…seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid.”

Dalam riwayat Malik: “Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula.”

7- Mafhum hadis Riwayat at-Tirmizi:

“Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari ki4m4t.”

8- Mafhum hadis Riwayat at-Tirmizi:

“Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada ner4ka dan pelepasan daripada sifat munaf1k.”

9- Mafhum hadis Riwayat al-Baihaqi:

“Masjid rumah setiap orang bertaqwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan.”

10- Mafhum hadis Riwayat Ahmad:

“Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang.”

11- Allah berfirman:

“Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketaqwaan hati.” (Al-Hajj 22: 32). Dan Allah juga berfirman: “Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.” (Al-Hujurat 49: 13)

“Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu.” (Riwayat Abu Dawud)

sumber : Yusof Ibnu Muda / rencahrasa

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini