“Ikut mamamu sekali ya…” Tk sempat ziarah jenzah ibu, pengantin baru ‘pergi’ ­­bersama kandungan sulung undang sebak

Baru sebulan mendirikan rumah tangga, seorang pengantin baru Nadia Fizatul Hanim Zamani menlnggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Setiu, Terengganu pagi semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, lebih memilukan apabila mangsa berusia 23 tahun dalam perjalanan bagi menziarah jenazah ibu yang menlnggal dunia aklbat penyaklt kr0nik di Machang, Kelantan.

Turut mengundang rasa sebak apabila mngsa ‘pergi’ bersama bayi sulung dalam kandungan yang baru berusia dua minggu.

“Arwah mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhamad Nazirul Rameli pada bulan lalu dan baru juga mengetahui dia mengandung dua minggu.

“Pulang nak ziarah jenzah ibu yang menlnggal tetapi dia pula menyusul. Allah menyayangi mereka berdua,” kata ibu saudara mngsa, Salmie Arshad.

Memetik laporan Harian Metro pula, suami mngsa memandu kereta Perodua Kancil dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke bahu jalan kiri namun telah menerima rawatan di Hospital Setiu.

Meninjau ke akaun Facebook dipercayai milik mangsa, rata-rata ahli keluarga dan kenalan rapat berkongsi luahan hati yang bersedih atas pemergian dua beranak tersebut selain ‘anak syurga’ di dalam kandungan.

Takzlah buat suami

Al-Fatihah untuk kedua-dua mereka

Ikut mamamu sekali ya…

Difahamkan, Nadia dan arwah ibunya Nurul Ainun Yacob selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ajil, petang semalam.

Sumber : omm / transformasi

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini