Ibu berdebar anak tak keluar sekolah, tunggu lama belum nampak kelibat… Masuk dalam nampak si kecil dikerumun guru dan rakan

SETIAP anak mempunyai minat dan hobi tersendiri.

Oleh itu ibu bapa merupakan tulang belakang yang perlu memberi sokongan dan bimbingan kepada anak-anak untuk terus maju dalam melakukan apa jua perkara yang diminati.

Menerusi satu perkongsian yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang ibu memuat naik video seakan tercari-cari anaknya selepas waktu sekolah.

“Lama umi tunggu kat luar sekolah, tapi tak nampak langsung kelibat Fateh.

“Rupa-rupanya elok je duduk silang kaki sambil lukis muka cikgu,” ujarnya pada video tersebut.

Menurut si ibu, dia juga terharu apabila guru serta rakan-rakan anaknya iaitu Dihya Muhammad Fateh Mohd Faridil Amir sabar menanti hasil lukisan kanak-kanak berusia lapan tahun itu.

Fateh dikelilingi rakan kelas, tekun melukis muka cikgu sambil duduk silang kaki.

“Baik betul kawan-kawan Fateh, sanggup balik lambat tunggu Fateh siapkan lukisan,” katanya.

Berdasarkan semakan mStar, kanak-kanak yang mesra dipanggil Fateh itu sememangnya berbakat dan mempunyai minat mendalam dalam bidang melukis.

Ibunya juga sering berkongsi hasil lukisannya di TikTok sehingga menarik perhatian warganet.

Dalam pada itu menerusi video yang mendapat lebih 573,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen berasa amat kagum dan teruja dengan bakat yang dimiliki Fateh.

VIDEO KLIK DISINI
“Semoga jadi insan yang berjaya satu hari nanti, abang dulu masa umur adik pandai lukis orang lidi je, hebat kau dik.

“Pandai dia melukis ada bakat ni, teruskan minat ni adik.

“Mantap la adik, boleh pergi jauh kalau diasah, semoga menjadi insan berjaya nanti,” kata beberapa netizen.

Komen netizen terhadap lukisan Fateh.

Selain kagum dengan bakat Fateh, warganet turut memberi kata-kata semangat agar dia mengasah bakat yang sedia ada.

“Bakat bukan senang nak ada, asah bakatnya sis pasti akan jadi arkitek atau designer tersohor.

“Teruskan berkarya ya, hasilkan galeri yang akan menjadi sejarah.

“Semoga berjaya menjadi pelukis satu hari nanti,” demikian komen beberapa lagi warganet.

Cikgu Mashenda tersenyum menunggu hasil lukisan daripada Fateh.

Selain lukisan Fateh menjadi perhatian netizen, rata-rata warganet turut terpesona melihat personaliti Cikgu Mashenda yang merupakan guru kepada Fateh.

“Ayu sungguh cikgunya, wajah keibuan, sedap mata memandang.

“Cikgu pra sekolah, seorang yang caring dengan anak-anak murid.

“Cikgu pun sporting habis,” antara komen netizen.

Sumber : https://www.mstar.com.my/ / lakarmedia

Perhatian! Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya mencerminkan pendirian lembaga editorial kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan adalah tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri

Selepas membaca, jangan lupa like, komen dan kongsi halaman Media Porta l Ya.

Jom join group ni.. Khas untuk kita share menu masing-masing.. insyaAllah bermanfaat di sana.. TQ
Nak Sertai –> Klik Di Sini

Selepas membaca, jangan lupa like, komen dan kongsi halaman Media Porta l Ya.