Ibu bagi ‘green light’ kahwin lagi, sekali Anak tanya bila aunty nak datang? Shuib malu-malu mengaku mula kenal seseorang

SELEPAS hampir lima bulan pemergian isteri tercinta iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu mengakui ada mengenali wanita lain.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, bagaimanapun berkata, hubungan itu masih terlalu baharu dan diperingkat berkawan.

“Ada kenal orang baharu, hanya berkawan dahulu buat masa sekarang”

“Saya tak berani nak cakap. Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah.

“Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tidak tahu,” katanya kepada

shuibAnzalna dilantik sebagai duta tudung Loveta.

Shuib ditemui pada Majlis Pelancaran Tudung Loveta X Anzalna yang diadakan di Hotel The Ruma, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata ini berkata, dia sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada ibunya untuk mencari pengganti.

“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.

Selagi tak jumpa orang baru, saya asyik terkenang dan simpan perasaan sendiri.

“Ada yang cakap terlalu awal. Ada juga yang cakap untuk saya terus bergerak,” ujarnya.

Berkongsi tentang perkembangan lain, Shuib beritahu dia kini lebih fokus pada keluarga dan perniagaan air minuman Bubble Bee yang diusahakan.

“Saya memang slow down sedikit dalam dunia seni. Ramai juga kawan-kawan yang ajak kembali.

“Namun buat masa sekarang mahu fokus kepada keluarga dan perniagaan,

“Selagi tak jumpa orang baru, saya asyik terkenang dan simpan perasaan sendiri,” jelasnya.

Shuib akan menjaga anak-anak seperti mana arwah isterinya mahukan.Shuib kini bapa tunggal kepada empat cahaya mata.

Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada tahun 2011.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat Covid 19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Kantoi! Anak tanya bila aunty nak datang? Shuib malu-malu mengaku mula kenal seseorang

Kekuatan

Tentang anak-anak mengharungi kehidupan tanpa ibu di sisi, Shuib menjelaskan, meskipun masih kecil, namun anak-anak lebih kuat berbanding dirinya.

Sedang Shuib masih berperang dengan emosi setiap kali teringatkan arwah, anak-anak sudah mampu menerima kenyataan bahawa ibu mereka telah tiada.

“Anak-anak sebenarnya sangat kuat. Saya masih menangis andai teringat, anak-anak sudah boleh bercakap tentang arwah ibu mereka dalam keadaan normal.

“Contohnya, mereka cakap rindu ibu, kemudian terus anak-anak baca al-Fatihah. Baru-baru ini, saya bawa mereka bercuti ke Pulau Pinang dan pergi ke restoran kegemaran kami sekeluarga.

“Kedudukan meja yang sama, cuma tiada arwah ibu mereka sahaja. Anak-anak boleh bercakap secara normal, ibu suka makan ini. Saya yang termenung melihat situasi tersebut,” tutur Shuib sayu.

SHUIB percaya, biar secantik mana perancangan manusia, perancangan dan ketentuan Ilahi adalah segala-galanya dan jika sudah tertulis akan berlaku sesuatu kejadian, maka tiada siapa dapat menghalang takdir.

Lelaki itu juga amat bersyukur meskipun anak keempatnya, Ayash dilahirkan pramatang, si bongsu itu berada dalam keadaan sihat dan kini mencapai berat tujuh kilogram.

“Saya tidak sabar untuk melihat dia membesar. Perjalanan indah bersamanya seperti dalam sebuah filem. Nanti dah besar, Ayash akan faham bahawa dia seorang anak yang sangat istimewa.

“Satu Malaysia tahu kisah kelahirannya yang luar biasa. Kisahnya akan diingati sampai bila-bila dan dia akan tahu betapa hebat arwah ibunya,” tutur Shuib penuh makna.

Justeru, sebagai pemegang amanah kepada anak-anaknya, dia berjanji akan memberi yang terbaik buat mereka.

“Saya tidak memaksa anak-anak, sebaliknya hanya ikut apa yang mereka minati. Uwais sangat meminati sukan golf dan berbakat dalam muzik. Dia boleh bermain piano hanya dengan mendengar muzik. Jadi, saya akan mencari guru piano agar dia lebih serius.

“Talita pula sangat berminat untuk meneruskan legasi arwah ibunya. Matin masih terlalu muda, saya tidak nampak apa yang diminati setakat ini selain dia sangat berani dan seorang yang lucu.

“Ketika arwah masih hidup, kami tidak sempat merancang apa-apa untuk Ayash. Sekarang ini, saya berharap agar dia menjadi seorang tahfiz. Insya-Allah, saya akan usahakan,” katanya.

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

sumber: trendingsangat