Hil4ng Mata disebabkan‘Kans3r’, Anak Masih Mampu Tersenyum undang ramai seb4k

Sebagai seorang ibu, mereka akan melakukan apa sahaja demi melihat anaknya sihat biarpun harus berganti nyawa pun mereka sanggup.

Persis kisah yang tuIar baru-baru ini di mana keluarga kepada adik Yusuf membuat apa yang termampu demi menyelamatkan nyawanya yang menghidap pnyakit ‘Cancer Retinoblastoma’ (RB).

Memetik laporan, Ibunya Amni Kifli memaklumkan anaknya menghidap barah pada mata sebelah kanan ketika berusia 2 tahun 2 bulan.

“Yusuf diagnose ‘Cancer Retinoblastoma’ (RB) pada August 2018, umur masa tu 2 tahun 2 bulan lebih kurang. Sebenarnya RB ini adalah ‘baby cancer’. Tetapi kami tak dapat detect sebab dia tak ada tunjuk tanda-tanda tak normal.”

”Sampai umur 2 tahun itu, saya rasa tak sedap hati. Sebab nampak reflection pada mata dia. Jadi, saya rujuk pada pakar mata di hospital Sungai Buloh,” ujar Amni.

Sebagai ibu dan bapa adik Yusof, sudah tentu mereka berasa sedih, pun begitu mereka lebih memilih untuk redha dengan segala ketentuan.

Terbaru, tuIar sebuah video di mana dia mencuci mata palsu anaknya meraih perhatian ramai.

Doktor telah sahkan mata kanan anaknya sudah berada dalam kategori kumpulan E iaitu final stage. Manakala, mata sebelah kiri masih dalam kategori kumpuan B. Mereka melanjutkan rawatan anaknya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Yusuf lalui prosedur enuclation (remove) mata kanan. Dan doktor dapati ‘kanser’ dah merebak menyebabkan saluran optik (ni saya tak berapa pasti sebutan betul) yang sambung ke otak. Jadi, dia lalui 6 cycle chemo sampai December 2018.

Berk0ngsi lanjut, selang 3 minggu Yusuf akan masuk ke dewan bedah untuk buat EUA (Examination Under Aenesthetic) untuk bun0h sel ‘kanser’. Dia pakai mata tu sejak September 2018.

“Sebenarnya, doktor cakap cuci macam itu sahaja.Tapi kalau di klinik dan hospital, doktor akan cuci menggunakan saline. Kalau di rumah hanya cuci macam tu saja.”

“Tak ada spesifik cara penjagaan. Cuma bab ni agak sensitif. Ada juga orang mempertikaikan. Jadi, saya tak nak terangkan lebih lanjut melainkan ikut cakap doktor yang suruh cuci guna air paip,” jelasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat semangat adik Yusuf yang sangat kuat dan tabah.

Sumber: Lakar Media / myinfokerja

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini