“Hidungnya mancung, kulit putih melepak hingga nampak berbayang urat hijau halus di pipinya, mata bulat bersinar & alisnya lentik” – Didatangi ‘Sidratulmuntaha’ Semasa Mengerjakan Ibadah Umrah

 Sementara menunggu waktu Maghrib, saya merayau-rayau di Bazaar sekitar Masjidilharam semasa mengerjakan ibadah Umrah. Daripada satu kedai ke satu kedai yang lain saya singgah. Jumpa jubah dibelek, kemudian beg tangan, perhiasan manik, jam tangan, barang kemas. Pendek kata semuanya menarik minat saya.

Setelah penat merayau, saya masuk ke dalam masjid melalui Babul Salam. Mata saya melingas mencari emak. Setelah mengenal pasti lokasinya, saya mendapatkannya. Saya kemudian memandang jemaah yang mundar-mandir. Semuanya saya perhatikan, daripada pakaian, telekung hinggakan cara berjalan pun menarik minat saya.

“Issy… asyik melingas memandang orang aja. Cuba bawa mengaji,” emak menghulurkan senaskhah al-Quran.

Saya buat-buat tak ɛndah apa yang mak cakap. Mungkin disebabkan terlalu lama duduk, timbul pula rasa boring. Saya pegang al-Quran tadi dan letakkan di sejadah. Kemudian saya buka sehelai demi sehelai namun tidak ada satu pun yang dapat saya baca kerana tumpuan saya sebenarnya pada Kaabah.

“Kalau dapat tawaf, best ni! Tapiiii tak ada kawan,” saya merµngut sendirian perlahan.

“Apa yang dirungutkan?” emak menoleh apabila mendengar rungµtan saya. “Kalau dah nak… pergi ajalah,” emak menyuruh saya tawaf sendirian.

“Tak naklah! Ramai orang. Jomlah kita pergi mak,” kata saya. Tetapi emak tak menjawab sebaliknya hanya menjeling. Saya sedikit kecɛwa.

“Assalamualaikum ya hajah!” tiba-tiba seorang jemaah memberi salam dari sebelah kiri saya. Entah bila dia hadir saya pun tidak menyedarinya.

“Waalaikumussalam…” jawab saya sambil menghadiahkan sebµtir senyuman.

Saya kemudian memandang ke arah Kaabah lagi. Hati saya semakin mendesak untuk melakukan tawaf. Ketika perasaan saya berpɛrang itulah, terasa paha kiri dicµit. Saya menoleh pada perempuan Arab tadi, dia bertanya sepatah, “Tawaf…?”

Agak lama saya tenung mukanya. Dia hanya tersenyum memandang saya seperti mengerti apa yang bermain di fikiran. Senyumannya memang cukup memikat. Tidak pernah saya nikmati senyuman semanis itu. Saya tidak dapat gambarkan betapa cantiknya dia, belum pernah saya lihat wanita secantik itu seumur hidup. Hidungnya mancung, kulit putih melepak hingga nampak berbayang urat hijau halus di pipinya, mata bulat bersinar dan alisnya lentik.

“You mean, tawaf?” saya bertanya sambil menunjukkan isyarat dengan jari melakar bulatan. Perempuan itu mengangguk.

“Can you speak English?” saya menyambung lagi. Perempuan itu hanya menggɛleng. Jadi untuk mudah, setiap kali bercakap saya menggunakan isyarat. Dia pula membalas dalam bahasa Arab, disertai isyarat tangan. Dia kemudian menghulurkan tangan, lalu saya genggam erat. Kami berjalan beriringan.

“Eh… sejuknya!” saya separuh terkɛjut, spontan saya melepaskan pegangan. Dia hanya tersenyum seolah-olah tahu apa yang saya fikirkan. Kemudian dihulurkan lengannya pula dan menunjukkan isyarat supaya saya memegangnya. Saya ikut saja apa yang disuruh.

Ketika tiba di garisan permulaan tawaf dan setelah memasang niat kami mula melakukan ibadat sunat malam itu. Apabila saya mula melangkah, jemaah yang ramai mengelilingi Kaabah tidak kelihatan langsung. Yang terbentang di depan mata hanya lorong lapang, seolah-olah hanya kami berdua sedang tawaf ketika itu.

Terlalu mudah… tidak ada yang mel4nggar atau saya tersinggul orang lain. Setelah selesai kami beriringan mendapatkan emak. Dalam hati sentiasa mahu bertanya namanya, namun suara saya tiada kesempatan.

“Tak apalah nanti lepas sembahyang boleh tanya,” bisik saya untuk menyedapkan hati. Selesai solat Maghrib dia sambung pula dengan sunat kemudian mengaji. Tidak ada kesempatan langsung untuk saya menegµrnya. Kemudian saya cuit emak: “Mak, tu kawan saya yang ajak tawaf tadi.” Emak menoleh, melihat perempuan yang saya maksudkan itu.

“Cantiknya, mana Ana kenal dia?” tanya emak.

“Kat sinilah, dia datang terus duduk sebelah Ana tadi,” saya terangkan pada emak.

“Sapa namanya?” tanya emak lagi.

“Tak tau, Ana tak tanya lagi,” jawab saya ringkas.

Sementara itu azan Isyak mula berkumandang. Saya bangun apabila melihat wanita itu bangun sambil membetul-betulkan jubahnya. Ketika itulah saya ambil kesempatan memperkenalkan diri dan bertanya namanya pula. Tetapi wanita itu tidak menjawab. Dia cuma tersenyum. Melalui isyarat tangan, dia minta saya bersabar.

“Solah, solah,” hanya itu jawabnya. Apa yang saya faham dia mengajak saya sembahyang Isyak dan berhenti bercakap. Setiap kali habis bercakap senyumannya tidak pernah lekang. Saya terus memasang niat menunaikan Isyak.

Semasa memberi salam, saya masih dapat rasakan paha kanannya menghimpit paha kiri saya. Namun apabila saya menoleh ke kiri untuk salam kedua, wanita Arab itu tiada.

Saya lantas berdiri, memusing-musingkan kepala mahu mencarinya. Saya hanya nampak dia berjalan pantas di tengah-tengah jemaah lain. Walaupun dari belakang, saya kenal benar, itulah dia orangnya. Zuhur esoknya saya menunggu dia di tempat semalam. Namun dia tidak muncul. Waktu Asar saya masih belum nampak kelibatnya. Saya cukup kecɛwa ketika itu. Namun jauh di sudut hati saya berdoa agar Allah SWT ketemukan saya lagi dengannya.

“Tak apalah… aku tunggu lagi. Mungkin Maghrib nanti dia datang,” saya memujuk diri.

Saya tanggalkan kain telekung. “Mak… Ana nak keluar kejap,” saya memberitahu emak.

Saya tinggalkan emak di masjid, terus merayau dari satu kedai ke satu kedai bagi menghilangkan perasaan jemu. Ketika hampir Maghrib saya datang semula ke tempat emak. Setelah mengenakan semula telekung saya duduk di sebelah emak. Tiba-tiba terasa seperti angin bertiup di sebelah kiri saya. Spontan saya menoleh. Ya Allahhhh… dia tersimpuh di sebelah sambil tersenyum.

“Tawaf?” soalnya. Saya sambut dengan senyuman dan bangun mengekorinya.

“Ana Diana…” saya menunjukkan name tag pemberian agensi yang tergantung di leher.

“Diana!” katanya, kemudian tersenyum.

“Ente?” tanya saya lagi, hanya itu yang saya tahu. Sekali lagi dia tersenyum. Sambil mempercepatkan langkahnya dia menjawab: “Sidratulmuntaha.”

“Apa? Langit ketujuh,” terpacul daripada mulut saya perkataan itu dalam bahasa Melayu. Kemudian saya menyebut nama itu berulang-ulang kali seperti terkejut sambil menunjukkan tangan ke langit.

Sidratulmuntaha hanya tersenyum dan tersenyum sambil mengangguk-angguk.

“Dari mana?” sekali lagi saya tersasµl menyoalnya dalam bahasa Melayu. Sidratulmuntaha hanya mengangkat bahu, tanda tak memahami soalan saya.

Seperti semalam, tawaf berjalan dengan lancar walaupun terdapat ramai jemaah lain yang berpusu-pusu. Namun laluan untuk saya lapang dan mudah sahaja. Kejadian yang berlaku semalam berulang lagi. Apabila saya menoleh ke kiri sebaik memberi salam, Sidratulmuntaha sudah berada jauh. Seperti ribµt dia datang, seperti ribµt juga dia pergi.

Selama tujuh hari di Mekah, Sidratulmuntaha setiap hari menemani saya antara waktu Maghrib dan Isyak. Masuk hari kelapan, sementara menunggu Isyak saya ajak seorang jemaah dalam kumpulan saya, ustazah dari Kelantan yang fasih bahasa Arab menemui wanita itu.

Saya hulurkan kertas kepada Sidratulmuntaha, meminta alamatnya. Dia mencapai kertas itu dan mengambil pen yang saya hulurkan, lalu menulis namanya. Cantik tulisan Arabnya, bagaikan tulisan seni khat. Apabila dieja, benar bunyinya Sidratulmuntaha.

“Ustazah, tolong tanyakan di mana dia tinggal dan alamat rumahnya?” ustazah itu bertanya Sidratulmuntaha sebagai mana yang saya kehendaki di dalam bahasa Arab. Dengan senyum Sidratulmuntaha menjawab,” saya tak tinggal di mana-mana. Saya tak ada alamat rumah,” jawabnya dalam bahasa Arab juga.

“Ustazah, cakap pada dia saya nak tulis surat nanti,” sambung saya memandang ustazah.

Sidratulmuntaha menggelengkan kepala, “Ada umur kita akan jumpa lagi di sini,” katanya.

Saya terpinga-pinga dengan jawapan itu. Dia menggenggam tangan saya sebelum minta diri. Didakapnya saya, semerbak bau minyak wanginya menusuk hidung. Apa jenisnya tidak dapat saya teka kerana baunya terlalu enak. Saya ekori perjalanannya dengan pandangan sayu. Tanpa sedar air mata meleleh, terlalu hiba perasaan saya. Emak yang duduk di sebelah termangu-mangu.

Setelah dia hilang daripada pandangan, saya baca tulisan mananya berkali-kali. Lalu cebisan kertas itu saya simpan elok-elok di dalam poket beg tangan.

Tiga hari kemudian, selepas Subuh saya berkemas, siap sedia untuk ke lapangan terbang Jeddah. Semua ahli rombongan sibuk bersiap sama. Fikiran saya asyik memikirkan Sidratulmuntaha.

Lebih kurang sejam di udara, saya teringat pada kertas yang tertulis nama Sidratulmuntaha di dalam beg. Saya keluarkan kertas putih berlipat sebesar duit dua ringgit itu.

Kertas itu saya buka perlahan-lahan. “Ehhhh!!! Mana perginya?” saya bersuara sambil memusing-musing kertas di tangan. Kosong! Tulisan itu tak ada.

Saya tonggɛng beg tangan atas riba. Habis berterabµr sikat, gincu, bedak dan lain-lain.

“Engkau ni kenapa Ana?” tanya emak apabila melihat saya rɛsah bagai kucing nak beranak.

“Kertas yang ada tulis nama Sidratulmuntaha. Kertasnya ada tapi tulisan tak ada,” saya hulurkan kertas kosong kepada mak.

Emak menyambut dan membelek-belek, “Betul ke ni kertasnya? Kamu salah letak kot?”

“Tak mak. Itulah kertasnya yang Ana masukkan dalam beg. Takkanlah Ana tak tahu, cara lipatnya pun Ana ingat,” kata saya lagi.

Saya ambil balik kertas daripada tangan emak, kemudian membelek-beleknya lagi dan memang tiada kesan tulisan di situ. Hanya kertas putih yang kosong.

Sampai ke tanah air fikiran saya buntu. Beberapa hari saya rasa tak menentu, asyik teringatkan wanita itu. Walaupun sudah lama berlalu, Sidratulmuntaha kerap muncul dalam ingatan.

Siapa sebenarnya Sidratulmuntaha, tidak saya ketahui. Yang saya rasa, sepanjang bersamanya dia sentiasa berbau wangi yang tidak pernah saya hidu sebelum ini. Senyumannya juga akan tetap saya ingat sampai ke akhir hayat saya.

Sumber Diana Mokhtar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *