Heliza Helmi & Suami Berangkat Tunai Umrah Di Tanah Suci Makkah, Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon Datin Seri Heliza Helmi dan suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi laman sosial Instagram, Mahadi sempat berkongsi sekeping foto dia dah isteri di hadapan pintu pesawat untuk tatapan umum.

Dalam pada itu, Mahadi turut memohon doa orang ramai agar perjalanan mereka menunaikan umrah dan menziarahi Madinah dipermudahkan.

“Doakan kami. Subhanalladzi sakharalana hadha wa ma kunna lahu muqrinin. Wa inna ila rabbina la munqalibbun.

“Kami akan menunaikan ibadah umrah Insyallah. Ampa yang nak tulis doa, kami akan bacakan bila sampai sana Insyallah. Jangan lupa doakan kami juga ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke laman Instagram Heliza, kunjungan mereka sudah tiba di Madinah dan banyak tempat-tempat bersejarah diterokai oleh rombongan mereka.

Malah, adik Heliza, Hazwani Helmi turut menyertai perjalanan umrah kali ini.

Sementara itu di ruangan komen Instagram Mahadi, ia dihujani dengan doa-doa yang dititip kepada pasangan tersebut untuk di baca dihadapan Kaabah kelak.

Tidak kurang juga mereka yang memberikan kata-kata positif agar pemergian pasangan tersebut ke tanah suci Makkah dilindungi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka dan 2,500 komen daripada pengikutnya.

Komen netizen:

Sumber: Gempak / sinarviral

Perhatian! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.