Hak Suami Selepas Bercera1 Yang Sering Diabaikan Masyarakat.

Ketahui hak suami selepas bercer4i.

Bila sebut tentang pencer4ian pastinya yang terlintas di fikiran adalah musnahnya sebuah rumah tangga yang dibina dengan ikatan kasih sayang. Akan ada isu perebutan hak penjagaan anak.

Akan ada isu tuntutan nafkah untuk anak-anak dan juga hafkah isteri sepanjang tempoh eddah. Kebanyakan isu yang ditonjolkan adalah berkenaan hak seorang isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa percer4ian.

Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya seorang suami juga mempunyai hak tersendiri selepas sebuah percer4ian berlaku. Namun hak seorang suami jarang diperkatakan memandangkan orang lelaki dilihat sebagai seorang yang kuat untuk menghadapi sebuah percer4ian. Hari ini kami akan kongsikan info berkenaan hak seorang suami selepas bercer4i sebagai panduan kita semua.

Harta sepencarian

Harta sepencarian merujuk kepada semua harta-benda termasuk rumah, tanah, kereta, barang kemas, perabot, simpanan, wang ringgit, dan apa sahaja benda berharga yang diperolehi secara bersama oleh pasangan suami isteri semasa perkahwinan mereka masih berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’. Bahasa kasarnya, apa sahaja yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan adalah dianggap sebagai harta sepencarian walau pun cuma salah seorang yang bekerja.

Sebagai contoh, sepanjang berkahwin cuma isteri yang bekerja sedangkan suami tidak mempunyai sebarang pendapatan. Sungguh pun cuma isteri yang mempunyai mata pendapatan semasa berkahwin dan harta yang dimiliki dibeli menggunakan duit isteri, ianya masih dianggap sebagai harta seperncarian dan sebaik sahaja perkahwinan mereka berkahir, ianya perlu dibahagikan mengikut hukum syarak.

Harta sepencarian boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah yang mempunyai berbidangkuasa ke atas pernikahan mereka. Menurut akta di Malaysia, harta sepencarian termasuklah:

Wang ringgit

Harta alih

Harta tak alih

Apa-apa aset yang diperolehi atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.

Tuntutan Harta Sepencarian ini hendaklah dibuat oleh suami di Mahkamah Tinggi Syariah yang mempunyai bidang kuasa ke atas rumah tangga yang telah dibubarkan.

Hak penjagaan anak (Hadhanah)

Hadhanah bermaksud hak penjagaan ke atas anak-anak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri tanpa penjagaan orang dewasa. Mengikut Hukum Syara’ dan Undang-undang keluarga Islam yang berkuatkuasa di Malaysia, ibu adalah orang yang paling berhak untuk mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya yang masih kecil iaitu berumur di bawah umur 7 tahun bagi anak lelaki dan 9 tahun bagi anak perempuan.

Bagi anak yang melebihi had umur yang dinyatakan di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan ke atas anak tersebut, mahkamah akan menentukan siapa yang berhak untuk mendapat hak jagaan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak-anak tersebut samada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.

Walau bagaimana pun terdapat keadaan di mana suami yang bercer4i boleh berjaya dalam tuntutan hak penjagaan anak bila mana dia berjaya membuktikan bahawa isterinya tidak layak untuk mendapat hak jagaan. Ketidak layakan tersebut boleh datang dari segi:

Keadaan emosi atau psikologi ibu

Keadaan kesihatan ibu

Pekerjaan ibu

Tempat tinggal ibu

Dan sebab-sebab lain yang membuatkan seorang ibu tidak layak untuk menjaga anak yang menjadi rebutan

Tuntutan hak jagaan anak atau Hadhanah boleh dibuat oleh suami di Mahkamah Tinggi Syariah kawasan yang mempunyai bidang kuasa ke atas rumah tangga yang dibubarkan.

Tanggung jawab seorang suami selepas bercer4i

Selain berbicara tentang hak, adalah penting untuk kita membincangkan sekali tentang tanggung jawab yang digalas oleh seorang suami selepas bercer4i. Tuntutan hak seharusnya dilakukan seiring dengan menjalankan tanggung jawab yang digalas dibahu. Di antara tanggung jawab suami selepas bercer4i ialah:

Nafkah eddah iaitu nafkah yang wajib dibayar oleh seorang suami kepada bekas isteri yang dicer4ikannya selama tempoh eddah raji’e. Nafkah eddah termasuklah iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal yang ditetapkan mengikut Hukum Syara’.

Mut ’ah adalah satu bayaran yang wajib dibayar oleh seorang suami kepada isteri yang telah dicer4ikan tanpa sebab yang munasabah mengikut Hukum Syara’. Kadar mut’ah boleh ditentukan melalui persetujuan oleh kedua-kedua belah pihak. Sekiranya berlaku pertikaian mengenai kadar mut`ah yang perlu dibayar, ianya akan ditentukan oleh pihak mahkamah mengikut kesesuaian kes.

Nafkah anak adalah nafkah yang wajib dibayar oleh seorang suami bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan isteri. Nafkah anak termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan mengikut kemampuan suami.

Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya sepanjang tempoh perkahwinan dan menjadi hutang hutang ke atas suaminya sebaik sahaja perkahwinan mereka dibubarkan. Tunggakan nafkah wajib dibayar oleh seorang suami kepada bekas isterinya.

Hak tempat tinggal. Seseorang isteri yang dicer4ikan berhak mendapat tempat tinggal yang disediakan oleh bekas suaminya semasa dalam tempoh eddah.
Itulah dia info tentang hak suami selepas bercer4i yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Adalah sangat penting untuk kita memahami bahawa bukan sahaja hak yang perlu dituntut malah tanggung jawab juga perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggung jawab tanpa menyebabkan anda pihak yang tertindas atau rasa dianiaya. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan isu nafkah anak-anak dan hak penjagaan anak-anak.

Sumber: Hijabandheels / rencahrasa

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini