Guru lawat pelajar tinggal bawah jmbatan undang seb4k ramai

Sejak pendemik Covid-19 melanda negara ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang hidup dalam kesempitan.

Pelbagai ujian terpaksa ditempuhi dengan sabar selain berharap ada sinar buat mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik video beberapa orang guru datang ke rumah pelajarnya yang tinggal bersama keluarga di bawah jambatan.

Menurut Siti Riana, dia tergamam tatkala melihat keadaan ‘rumah’ yang dihuni pelajar terbabit yang serba daif selain lokasinya di tebing sungai boleh mendatangkan bahaya.

Video tersebut menarik perhatian netizen yang rata-rata sebak melihat tahap kemiskinan keluarga terbabit.

Namun, mereka memuji ibu bapa pelajar yang dikenali sebagai Tasha itu kerana tetap menyekolahkan anak mereka.

Susulan viralnya video tersebut, Team Unit Kebajikan Pejabat DUN Kemelah telah datang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Bantuan makanan serta wang ringgit juga telah diberikan selain turut dirujuk kepada pihak berkuasa dan JKM untuk tindakan selanjutnya.

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini