Gerai ‘0 pelanggan’ selama 2 minggu… peniaga dapat tempahan besar selepas sedekah secawan air jagung – “Dia mungkin rugi RM3…”

Menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, guru yang menerima air jagung percuma itu kemudian membuat tempahan air berkenaan untuk pelajar-pelajar di sekolahnya pula.

Siapa sangka bermula dari pemberian secawan air jagung percuma di persimpangan lampu isyarat, rezeki seorang pemuda dipermudahkan.

Lebih dikenali dengan panggilan Sir, katanya, dia pada mulanya terkejut apabila cermin keretanya diketuk oleh seorang penjual air jagung di persimpangan lampu isyarat dekat Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan.

Guru berkenaan, Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada minggu lalu ketika dalam perjalanan untuk membuat fotokopi bagi bahan pengajaran dan pembelajaran buat para pelajarnya yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

Seorang pemuda menjual air jagung selepas bisnes terjejas akibat PKP.

“Tapi bila dia ketuk lagi, saya terkejut. Saya buka cermin kereta, barulah saya perasan anak muda ni ada usahakan gerai makan.

“Waktu tu saya baru selesai mengajar kira-kira pukul 2.30 petang. Mula-mula dia ketuk cermin kereta, saya tak buka sebab tak nak beli air jagung.

“Lebih terkejut bila dia berikan air jagung tu secara percuma. Saya mahu bayar tapi dia tak kata tak apalah, dia berikannya secara percuma,” kata guru berusia 45 tahun itu kepada mStar.

Penjual air jagung membuat persiapan untuk memenuhi tempahan di sekolah.

“Lepas dia beri secawan air jagung secara percuma, dia berjalan dari satu kereta ke kereta yang lain. Saya berasa kasihan tetapi pada masa sama kagum dengan ketabahan dia.

Ahmad Shahrul yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar 2 di Kota Bharu berkata, anak muda itu baru saja menjual air jagung sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

“Saya kemudian hubungi dia, tawar dia datang ke sekolah untuk sediakan air jagung buat para pelajar saya pada waktu rehat selama 30 minit. Dengan lebih 40 cawan termasuk kakitangan, kesemuanya saya yang bayar,” ujar guru Bahasa Inggeris itu.

“Dia mungkin rugi RM3 sebab beri saya secawan air jagung, jadi saya bantu dia lebih banyak lagi untuk sokong bisnes kecil-kecilan dia,” katanya.

Menurut guru yang berpengalaman selama 20 tahun itu, perkongsiannya di TikTok bagi memaklumkan tentang kegigihan seorang anak muda mencari rezeki.

Ahmad Shahrul (kiri) bersama Hanif di SMK Long Ghafar 2.

“Memang buka gerai selama dua minggu pertama PKP, tapi tak ada pelanggan walaupun untuk bungkus. Jadi, saya perlu usahakan cara lain dengan menjual air jagung.

Sementara itu, penjual air jagung berusia 19 tahun itu, Muhammad Hanif Asyraf Mohammad Ali ketika dihubungi berkata, dia sebenarnya mengusahakan gerai makan di sebuah medan selera di Kota Bharu tetapi terpaksa ditutup sementara berikutan pelaksanaan PKP.

“Saya jual air jagung di persimpangan lampu isyarat di Kubang Kerian seawal 11 pagi hingga 6 petang. Alhamdulillah, jualan secara purata antara 50 hingga 60 cawan sehari,” katanya sambil menambah bisnesnya itu turut dibantu dua pekerja.

Hanif mengusahakan bisnes air jagung berikutan gerai makananya tidak mendapat sambutan ketika PKP.

“Bukan sekadar cikgu Shahrul, tapi ada juga beberapa pemandu lain pun ada yang saya sedekahkan air jagung ketika saya berniaga di persimpangan lampu isyarat.

Lebih mesra disapa Hanif, pemuda yang berasal dari Besut, Terengganu itu menjelaskan bahawa hatinya terdetik untuk memberikan secawan air jahgung secara percuma kepada guru tersebut dengan niat untuk bersedekah.

“Lepas bagi air jagung kat cikgu Shahrul, balik tu dia puji kata sedap dan nak tempah untuk pelajar-pelajar dia. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat

“Saya yakin rezeki itu amat luas. Kalau saya berbuat baik dengan orang lain, mudah-mudahan kebaikan saya juga terbalas,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Mstar / mimbarraudhah

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini