Geng Hobi Mahal Buat Hal Lagi, Kali Ini Bersaing Dengan Lori

RAMAI kecam aksi penunggang basikal bersaing dengan lori yang dilaporkan baru berlaku pagi tadi.

“Baru kelmarin keluar berita penunggang basikal kena gilis dengan lori, tak faham kenapa tak serik masih nak berbasikal tengah jalan,” tulis seorang warga maya.

Tindakan beberapa penunggang basikal mengekori dan bersaing dengan sebuah lori mengundang kemarahan orang ramai.

– Advertisement –

Menerusi sebuah video berdurasi sembilan saat yang dikongsi pengguna Twitter @Radevengers, memaparkan tiga orang penunggang basikal mengekori dengan rapat dan bersaing dengan sebuah lori besar.

Lebih membimbangkan, penunggang basikal itu juga kelihatan berbasikal di lebuh raya yang sesak dengan kenderaan-kenderaan lain.

– Advertisement –

Bagaimanapun, di mana lokasi kejadian itu dirakam tidak dinyatakan oleh pengirim video berkenaan.

Video yang telah ditonton lebih 138,000 kali itu dihujani ribuan komen yang mengecam tindakan penunggang basikal tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan membahayakan keselamatan.

“Baru kelmarin keluar berita penunggang basikal kena gilis dengan lori, tak faham kenapa tak serik masih nak berbasikal tengah jalan,” kata Amra.

– Advertisement –

“Dulu mengata budak-budak main basikal lajak, dapat dekat orang tua main basikal lagi teruk rupanya,” kata Tiha.

“Aku yang bawa motor (motosikal) pun takut nak bersaing dengan lori, kalau kena langgar memang tak dapat apa,” kata Syah.

Rakaman yang tular

sumber: akupapankekunci

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini