Gemp̷ar! Wanita temui kepaIa ayam dalam hidangan kep̷ak ayam

LONDON – Seorang pelanggan di Britain menyatakan bahawa dia berasa jijik apabila melihat bungkusan hidangan ayam goreng yang

dibelinya dari sebuah cawangan restoran makanan segera popular, mempunyai kepala ayam, lapor akhbar New York Post semalam.

Wanita bernama Gabrielle itu meninggalkan dua bintang ketika memberikan ulasan pada syarikat perkhidmatan penghantaran makanan JustEast setelah memesan hidangan dari restoran makanan segera tersebut di Feltham, Twickenham.

“Saya menemui kepala ayam goreng dalam hidangan kepak ayam saya, membuatkan saya hilang selera,” katanya.

Ulasan itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama takeawaytrauma dan mendapat pelbagai komen netizen.

‘’Saya benar-benar berharap dapat putar masa selama dua minit untuk tidak melihat perkara ini,’’ tulis seorang netizen.

Gabriella diberikan hidangan ayam goreng percuma, malah dia bersama keluarganya dijemput masuk ke dalam restoran untuk melihat sendiri bagaimana penyediaan hidangan dilakukan.

“Hhhhahaha…sama la kita pon pnh dpt gak kpla ayam…tp dlm lauk” – Che Puan Gee

“Salah order kot order kepakla kot” – Azizul

‘Ni ayam sembelih ke , ayam golek motokar?” -Aura

Sumber : Kosmo / belumbalik

PERHATIAN! Pihak Infomanafaat tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini