Gelagat Budak Ini Memikul Kayu Dlm Keadaan Masih Berseragam Sekolah Undang Sebak Ramai

 


Bersempena dengan kisah persekolahan yang baru sahaja membuka tirai, pelbagai gambar-gambar menarik baru dan lama mengenai kerenah anak-anak memulakan hari bersejarah mereka.

Namun, satu postingan di akaun Facebook ‘Sikat ka pinoy’ telah mengundang sebak netizen.

Dalam posting yang dimuatnaik, beberapa gambar seorang kanak-kanak yang masih beruniform sekolah kelihatanl memikul kayu api melalui satu lorong tanah merah.

Walaupun kejadian tersebut bukan berlaku di negara kita, namun ia sedikit sebanyak berbekas di hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Menerusi gambar yang dimuat naik sekitar Julai 2019 itu, jelas terlihat kanak-kanak tersebut masih mengendong beg sekolah dan seragam putih. Dengan bersungguh-sungguh dia memikul kayu api yang telah diikat di bahunya dan berjalan pulang.

Situasi tersebut benar-benar mengudang keinsafan kepada kita. Hal ini kerana jelas sekali dia sudah memahami keadaan hidup yang serba kekurangan dan melakukan tanggungjawab demi keluarga walaupun masih dibangku sekolah.

Jadi, jelaslah disini bahawa, bukan semua kanak-kanak terlahir dari kehidupan keluarga yang mewah. Kita seharusnya bersyukur dan muhasabah diri kerana dalam kesenangan kita ada orang lain yang tidak berkemampuan.

Berdasarkan gambar yang viral ini jelas menunjukkan anak ini merupakan seorang anak yang baik dan patuh kepada ibu bapanya. Didoakan semoga beliau berjaya dalam hidup walau apa jua bidang yang diceburi dan sekali gus dapat membalas jasa kedua orang tuanya.

Sumber: Sikat ka pinoy via kongsisibomonicko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *